Friday, 15 June 2012

Menziarahi Kubur


APABILA PERGI KE KUBUR
Wanita tidak digalakkan pergi kubur. Kubur itu tempat yang kotor sebenarnya. Sebab itu tidak galakkan kita membaca Al-Quran di kubur. Tetapi apabila pergi kubur :

  1. Nabi kata perbanyaklah daripada memperingat penghancur segala nikmat, iaitu malaikat maut. Bila kita datang ke kubur, kita sedar yang Ya Allah saya hari ini mendatangi orang mati, esok saya didatangi orang.
  2. Kita doa untuk yang si-mati, Ya Allah permudahkanlah dia, ampunilah dosanya, lapangkan kuburnya, terimalah amalan perbuatannya, hapuskan dosa2 nya. Untuk si mati tersebut. Tidak lebih dari itu.
  3. Lepas itu, balik rumah, jangan dikubur pula, doa untuk tambah rezki, panjangkan umur, jangan di kubur.
Doa di kubur untuk yang si mati sahaja. Doa supaya anak SPM berjaya bukan di kubur tempatnya. Tak kena gaya. Nanti menyerupai berdoa kepada kubur. Ini syirik. Meskipun kita berdoa pada Allah. Masaalahnya tempat itu di pertikai.
Ada amalan tanam pokok bunga, supaya teduh si mati.. Dia kata berzikir. Bila dia baru mati, bunga pertama, untuk untuk bagi wangi, itu tak apa Tapi kalau dah 50 tahun letak bunga, untuk apa ? Meletak bunga2 di kubur itu bukan daripada Islam. Ia bersifat tabzir, pembaziran. Bunga itu bukan murah, ia mahal. Bila tukar2 bukankah pembaziran ?  Duit itu kalau disedekahkan kepada seseorang. Kemudian minta supaya orang tersebut doa untuk si mati. Kasih sayang kita dengan ayah atau ibunya bukan dengan menziarahi kuburnya, tetapi dengan doa untuk nya.
Terkadang ada orang bayar upah untuk orang jaga kubur maknya, tapi anak sendiri tak pernah doa untuk maknya; dengan maksiatnya dengan tak solatnya.....

No comments: