Friday, 13 July 2012

Azab kubur yang paling ringan


Azab kubur yang paling ringan adalah disebabkan kencing tak basuh. Kadang-kadang terpercik. Ada satu percikan, kena kaki misalnya, perasan tak perasan pun no reason, akan diazab kubur.

Ada satu hadith Bukhari Muslim. Nabi lalu sebuah kubur. Nabi terdiam. Kemudian Nabi berdoa. Ya Allah ringankan dia Ya Allah. Sampai Nabi menangis. Para sahabat menanya “Ya Rasulullah, kenapa Tuan begitu sangat...” Nabi berkata “Seandainya kamu mendengar apa yang  terjadi di kubur ini, kamu tidak akan hidup. Terkejut kamu. Kamu boleh mati sekarang juga". What happen Ya Rasulullah ? "Sesungguhnya yang di kubur tengah diazab. Dia melolong lolong kesakitan. Yang sekiranya lolongan dia ini didengar semua manusia di bumi ini  semua akan mati ketakutan". Sedasyat itu ke Ya Rasulullah ? "Ya". Dia buat apa Ya Rasulullah ?" Dia kencing, tidak bersihkan". Dia mesti make sure dia mesti bersihkan.  Ya Allah, hanya sebab percikan kencing yang tak dibasuh demikian dashatnya diazab oleh Allah.

Ini menunjukkan Islam itu agama pembersih. Jadi orang Islam yang pengotor itu tidak layak mengatakan dia orang Islam. Sebab dalam Islam itu sedemikian detail. Kalau kencing yang percikan kecil/sikit itu pun sudah menjadi sebab Allah nak seksa kamu, nak balon kamu cukup cukup di alam barzakh, bagaimana dengan yang tak solat, yang berzina, yang derhaka dengan mak bapa ?  A'uzubillah. Ambil iktibar dari cerita ini.

Sekira diamalkan tuntutan Islam ini, tandas2 awam dinegara kita ini tidak akan berada di dalam keadaan yang sedia ada sekarang.  Walhal kita negara Islam ni. Negara kita ini menjadi wajah kepada Islam.


No comments: