Saturday, 14 July 2012

Dosa pertama yang dikerjakan oleh makhluk


Dosa pertama yang dikerjakan oleh makhluk adalah sebab dia sombong. Iblis dihalau daripada syurga bukan kerana dia berjudi, bukan sebab dia membunuh. Tapi sebab dia sombong. Bermakna sombong ini termasuk dosa besar. Kita ingat dosa besar itu membunuh, berjudi, minum khomar. Sombong itu kira cucu2 dari ketua dosa besar iaitu takabbur. That’s why jangan sombong. Sombong adalah ketua segala dosa besar. Ego dan sombong macam adik beradik. Ekor pada ego, dia tak mahu menerima pandangan orang lain, tidak mahu menerima nasihat, dia merasa dirinya betul sahaja macam orang sombong juga. Tapi orang yang sombong merasa diri dia hebat. Dalam psychology Islam, orang sombong ini kita patut rasa kesian kepada mereka sebab jiwanya sakit, kurang confidence sehingga dia perlu membesarkan diri pada orang lain. Padahal dengan cara dia membesarkan dirinya orang, bukan nampak dia besar, malah kecil.
Takabbur ini akan membawa orang kepada kufur.

No comments: