Sunday, 15 July 2012

Haniff

Haniff itu bermakna melakukan sesuatu dengan sempurna.
Contoh haniff : seseorang itu letak cawan atas meja, tapi letaknya di tepi meja. Besar kemungkinan kalau orang lalu, akan kena cawan tersebut, nanti jatuh. Dan dia sedar benda ni. Di sini kalau dia sedar, tapi dia biarkan. Itu zalim. Kalau haniff, bila nampak cawan di tepi meja, kita letakkan tengah. Dia ada sifat haniff.

Dalam Al-Quran kita boleh lihat haniff dalam Surah Al-Baiyinnah [98:5]

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚوَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ [٩٨:٥]
And they have been commanded no more than this: To worship Allah, offering Him sincere devotion, being true (in faith); to establish regular prayer; and to practise regular charity; and that is the Religion Right and Straight.

حُنَفَاءَ adalah plural kepada haniff.

Orang haniff itu contohnya orang solat mesti betul betul sempurna solatnya. Baru dia Haniff. Bukan setakat janji aku solat. Orang Haniff itu betul2 kusyuk.
Contoh haniff lagi : Abang basuh baju, lepas tu jemur. Lepas jemur tu biarkan macam itu, tunggu kakak ambilkan. Itu belum haniff lagi.
Kita basuh, kita jemur, kita ambil, kita lipat sendiri, kita letak sendiri. Itu haniff.
Maknanya kita buat sesuatu tu jangan sekerat jalan.
Katakan kita nak tolong Mak mop lantai. Tapi lepas kita mop, isi baldi, air kotor tu, kita tak buang, kita tak gantung mop tu. Kita nak tolong tapi tak haniff. Setakat cukup syarat. Sebab akhirnya orang kena sambung kerja nya.

No comments: