Saturday, 14 July 2012

Istiwa'


هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ [٢:٢٩]

It is He Who hath created for you all things that are on earth; Moreover His design comprehended the heavens, for He gave order and perfection to the seven firmaments; and of all things He hath perfect knowledge. - [ Al-Baqarah 2: 29  ]


Kalimah istiwa’, اسْتَوَىٰ ini sifat Allah yang kita tidak boleh kita terangkan bagaimana. Sesiapa yang menerangkan istiwa’ bererti  dia sudah terbatal akidah. Dalam bahasa Melayu di terjemahkan bersemayam. Tetapi sebenarnya istilah ini kurang tepat sebab bersemayam itu untuk raja, orang2 yang hebat.  Allah tidak. Allah beristiwa’. Kenapa kita tidak boleh menyamai pengertian Dia dengan pengertian manusia ? Sebab,  وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ [١١٢:٤] Wa lam ya kullahu kufuan ahad. Tidak seorang pun yang dapat menyerupai Allah.  Kalau kita menterjemahkan istiwa’ sebagai bersemayam, ia lebih kepada manusia, jadi istilah bersemayam itu kurang tepat.

Dan salah juga kalau orang mengatakan Allah bertempat. Allah tidak perlu tempat. Kalau Allah perlu tempat bermakna Allah berbentuk jisim. TIdak.

Allah beristiwa’.  Dimana istiwa’ nya Allah ? Samaa’, dilangit. Istiwa’ Nya Allah kita tidak boleh terjemahnya how, macam mana.

Ada lagi ada sebahagian yang mengatakan yang Allah duduk. Kita tidak boleh menerangkan Allah itu duduk macam mana, macam raja ke. Ini, akidah boleh batal.

2/12/08

No comments: