Saturday, 14 July 2012

Kama Tara Tura - Bagaimana kamu melihat, begitulah kamu dilihat

Kama Tara Tura
Bagaimana kamu melihat, begitulah kamu dilihat. 
Suatu hari dahulu, pada zaman Nabi Musa, ada seorang Raja yang sangat angkuh. Dia suka menghina rakyatnya. Maka dia mintak penggawa2nya untuk membina menara yang tinggi hingga mencecah langit. Maka dibuatlah menara tersebut. Apabila siap menara itu, dia pun naik ke atas. Dia tengok ke bawah. Dia nampak rakyat nya kecil. Dia pun tergelak hahahahahaha. Alangkah kecilnya kamu dalam pandangan. Rakyat yang di bawah pun tengok dia di atas. Nampak dia kecil atau besar ? Kecil kan. Sama juga
Pengajarannya di sini, kalau kita nampak orang itu kecil, jangan ingat orang pandang kita besar. Jadi hikmahnya dalam cerita ini, bila kita pandang orang rendah, jangan ingat orang pandang kita tinggi. Kalau kita pandang orang hina,  kita sombong dengan orang, adakah orang pandang kita mulia  ? Itulah dia kama tara tura. Bagaimana kamu melihat, begitulah kamu dilihat. 

No comments: