Friday, 13 July 2012

Lima fasa dalam alam akhirat sebelum masuk syurga atau neraka


Lima fasa dalam alam akhirat sebelum masuk syurga atau neraka

1.   Kebangkitan
2.   Alam Mahsyar, dihimpunkan
3.   Perhitungan, dihisab
4.   Siraat – titian serambut di belah tujuh
5.   Syurga atau Neraka

Sesiapa yang Allah berikan kitab disebelah kanan, maka Allah mudahkan. Perkiraan.

Dalam hadith soheh Bukhari. Kitab amal manusia itu, bila dibuka kitab itu, sejauh mata memandang itulah catitan amal perbuatannya. Dari yang sekecil-kecil sampailah yang sebesar-besar.

Contoh : dia berniat main-main, tapi zalim. Contohnya ada dua meja, meja dia bersih, meja saya kotor. Saya ambil debu dan kotorkan meja sebelah tu. Itu akan dicatit.

Contoh : Bila buang angin, tergelak itu berdosa. Bukan tak boleh buang angin, tapi dia perlu keluar. Menggelakkan orang yang buang angin, itu berdosa. Yang tertawa pun berdosa, yang buang angin pun berdosa ( kalau dia saja nak buat lawak ).  

Rujuk kepada Surah 18 Al-Kahfi ayat 49


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا [
١٨:٤٩]

And the Book (of Deeds) will be placed (before you); and thou wilt see the sinful in great terror because of what is (recorded) therein; they will say, "Ah! woe to us! what a Book is this! It leaves out nothing small or great, but takes account thereof!" They will find all that they did, placed before them: And not one will thy Lord treat with injustice.



Sebesar debu pun ditulis oleh Allah. Bila ada unsur merugikan, ditulis Allah. Yang saja2 itu akan ditulis Allah. Kadang2 bukan dengan mulut, tapi dengan sikap, yang saja saja itu. Sebab Allah tak mahu zalim pada siapa pun. Nanti Nabi kata Allah akan tanya. Semua orang akan tengok pada hari hisab. Sedetail-detailnya Allah akan tulis dalam kitab perbuatan manusia.

No comments: