Friday, 13 July 2012

Meninggal pada hari Jumaat, atau meninggal di bumi Mekah


Yang dikatakan shahid itu adalah orang yang meninggal dalam keadaan beriman. Kalau dia mati dalam bulan puasa tetapi dia tak berpuasa ? Kalau dia mati dalam bulan puasa tapi dia tak solat ? Sama juga. Yang penting adalah amal perbuatannya. Tak ada sempena-sempena.

Ada hadith yang mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat membawa keberkatannya tapi ia ditujukan kepada orang yang ketika Jumaat sedang beribadah. Kalau seseorang itu memang baik, dia sedang beribadah,  dan ditakdirkan Allah  dia meninggal, tak kira hari apa pun.  

Orang kata kalau mati di Mekah, syurga. How about Abu Lahab, Abu Jahal, mereka mati di Mekah. Takkan mereka masuk syurga ? Maknanya di bumi Mekah, bumi mana pun, sama . Anggapan itu anggapan yang salah.

Yang betul itu, kita berusaha, supaya apabila kita mati, dalam keadaan beribadah.

Misalnya, mudah2an ditakdirkan Allah kita mati pada hari Ithnin atau Khamis, apabila kita sedang berpuasa, mati – masyaAllah shahid. Orang yang berpuasa ini disediakan Allah satu pintu yang special, dia seorang sahaja boleh masuk, iaitu Bab Ar-Rayyan. Di alam barzakh orang yang suka berpuasa, akan dilapangkan Allah kuburnya sejauh mata memandang. Macam mana tu ?

Kita melihat dengan mata kepala kita dalam pandangan dunia. Bila kita dalam alam barzakh itu dah alam lain dah. Yang kita nampak jasadnya, tapi rohnya tidak di alam dunia. Meskipun kita nampak jasadnya, kita buka kuburnya sudah berulat, tapi it jasadnya. Makna mata kasar kita memandang.

Jadi bila Nabi berkata diluaskan kuburnya, percayalah diluaskan kuburnya ! Yang merasanya siapa ? Dia. Kita tak tahu. Misalnya ahli maksiat dibalon oleh malaikat di kubur. Kita tengok tak ada pun. Yang diazab tu rohnya. Yang dihimpit tubuh nya  hingga selisih tulang bagi orang yang solat sometimes, contohnya bila bermasaalah solat, bila happy tak solat. Apatah lagi orang yang tidak solat.

Bagi orang yang soleh maka dimudahkan jawab soalan dikubur.

Orang yang mati pada hari akhirat itu pun tetap merasa alam barzakh. Walaupun sekejap.

No comments: