Wednesday, 25 July 2012

Optimis - Tafaa'uul

Allah tidak ada seorang pun yang dapat menegahkan terhadap apa-apa yang Engkau berikan  dan tiada seorang pun dapat memberi kepada apa-apa yang Engkau tegahkan.  Kalau Allah ingin memberi kemaafan, tiada seorang pun dapat menegahkan. 

Jadikan ini spirit  atau semangat dalam diri kita. 

Kenapa Nabi ajar zikir in kepada kita ? Supaya orang sentiasa bertafaa’uul , تفاؤل (optimis, yakin, bersangka baik ).
Tafaa’uul, تفاؤل merupakan matlamat. Cara2 nya :
  1. Bersangka baik kepada Allah
  2. Sentiasa mudah memaafkan orang - kenapa ? Allah menyingkapi kita sebagaimana kita menyingkapi hamba Allah. Kalau kita mudah memaafkan orang, Allah akan mudah memaafkan kita. Kalau kita senang membantu orang, Allah pun akan senang membantu kita. Kalau kita sentiasa menjaga diri untuk tidak mengecewakan orang, Allah pun akan menahan daripada memberi kekecewaan kepada kita.
  3. Optimis - a) sentiasa tulus b) jujur c) ikhlas dalam segala sesuatu. Kerana apa ? Orang yang tak ikhlas itu orang yang paling letih.
  4. Sentiasa mencari sisi kebaikan samaada kepada manusia ataupun kepada kehidupan.
  5. Menyedari akan hakikat diri sendiri dan tidak suka membandingkan kepada orang lain

No comments: