Wednesday, 25 July 2012

Berapakah bilangan rakaat yang lebih utama dikerjakan bagi solat sunat siang dan solat sunat malam ?

Ambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini, dengan ketiadaan aktiviti masak pada waktu pagi, dengan menukarkan aktiviti masak tersebut dengan solat dhuha. Jangan dilakukan solat dhuha dua rakaat sahaja, kerjakan 4 rakaat ( satu salam). Adalah rugi mengerjakan solat dhuha itu 2 rakaat 2 rakaat sahaja. 


Solat siang itu, Nabi kata, selok eloknya dilakukan empat, empat. Tetapi kalau solat sunat malam itu, sebaik-baiknya dua, dua. 

صلاة الليل مثنى مثنى

Bagi solat sunat malam, empat, empat itu boleh, tetapi yang lebih utama adalah dua rakaat, dua rakaatTetapi, diantara empat dan dua, pilihlah yang dua.

Bagi solat sunat siang pula, dua, dua itu boleh, tiada masaalah tetapi yang lebih utama adalah empat, empat.
Untuk solat terawih atau qiam Ramadhan, (oleh kerana ianya solat sunat waktu malam) lebih utama buat dua, dua, walaupun tidak dinafikan yang empat itu boleh, kerana Nabi pun pernah mengerjakan solat sunat malam empat, empat. 


Solat sunat siang ini dilakukan empat rakaat dengan satu salam kerana solat sunat tidak boleh menyamai solat fardhu


Solat sunat fajar itu pula dilakukan 2 rakaat kerana waktu itu tidak di kira siang lagi. Ia bukan solat nahar dan berada di bahagian akhir daripada malam.
Dari segi kedudukan sunnah,  diantara sunnah kauliah dan sunnah fe’liah, yang mana lebih kuat ? Jawapannya , sunnah kauliah itu lebih kuat. Sama sebaliknya, Nabi menyebutkan solat siang 4 tapi Nabi tidak melarangkan yang mengerjakan 2 pada waktu siang. Bermaknanya boleh solat sunat siang 2 tapi yang lebih utama 4. Sebab ada sunnah kauliahnya, sunnah dalam bentuk arahan, iaitu mengesyorkan. 


Ada hadith yang mengatakan Allah akan menyayangi seseorang yang mengerjakan 4 rakaat selepas zuhr. 
Solat sunat itu lebih baik dilakukan rumah. Kalau anda ingin mendapat bonus pahala, buatlah solat sunat rawatib di rumah. Keluar hanya untuk mengerjakan solat fardhu sahaja. Lepas salam, baca wirid bersendirian, balik rumah, buat solat sunat ba’diah

No comments: