Tuesday, 7 August 2012

Bermulanya dengan akhlak

Semua agama adalah baik tetapi tidak semua agama adalah benar. Maknanya semua agama mengajarkan kebaikan. Tidak ada agama di dunia ini yang mengajar merompak, membunuh, membunuh diri. Tapi antara yang baik ini, hanya satu yang benar. Maknanya bila kita hendak mencari kebenaran, kita mesti membuat research, mencari kebenaran. Kalau mencari kebaikan, kita boleh masukkan semua agama. Kristian mengajar  kasih sayang. Buddha mengajar tolak ansur. Islam mengajar berdamai. Semua agama baik. Tapi kebaikan tak cukup. Kita perlu mencari kebenaran. Bila menyampaikan kebenaran itu kita harus memberi contoh. Mereka yang non-muslim, mereka perlukan contoh. 

Profile seorang Muslim itu macam mana ?

Pada zaman Nabi s.a.w., Islam didakwahkan bukan dengan theory. Mereka orang jahilliah. Mereka percaya Rasulullah, dan ini bermula daripada akhlak Nabi. Dengan amanahnya Nabi. Nabi menunjukkan cinta dan kasih sayang kepada mereka, meskipun mereka tak tahu Nabi seorang muslim pada waktu itu. Yang mereka tahu, Muhammad Al-Amin. Yang menggelarkan Muhammad Al-Amin itu orang Quraish, orang kafir. Mereka hanya kenal profile seorang yang berjiwa agong, yang namanya Muhammad. Itu yang mereka kenal terlebih dahulu. Apabila mereka yakin dengan Muhammad, barulah masuk dakwah Islam. Jadi Nabi berdakwah terus kepada orang jahiliah. Jadi kalau kita tidak dapat membantu atau menolong dalam berdakwah, sekurang-kurangnya, kita harus memberi sokongan moral bagi mereka yang berdakwah. Tetapi jangan pula sesama Islam kita komen dan menentang usaha-usaha pendakwah. 

Umat Islam, masaalahnya bukan luaran tapi dalaman. Kebanyakkan dengan sifat hasad, dengki. Manis diluar tapi tikam belakang. Sebab itu bila menyampaikan dakwah, jangan anggap bila angguk itu setuju. Angguk itu banyak makna.

Kata Rasulullah s.a.w. di antara 40 tanda hari akhirat, di akhir zaman nanti, agama kamu akan diurus oleh orang2 jaahil dan kita sudah berada di zaman itu sekarang.

No comments: