Thursday, 9 August 2012

Huzaifah Al-Yamani

Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Nabi yang diberi kelebihan oleh Allah yang Allah tidak beri kepada sahabat yang lain. Apa itu ? Diberi oleh Nabi senarai nama2 orang munafik di Mekah. Dia boleh melihat samaada seseorang itu mukmin ataupun munafik.

Pada zaman Umar Al-Khattab, apabila seorang muslim meninggal, Umar tanya, Huzaifah ada atau tidak, untuk solatkan orang itu?  Kalau Huzaifah ada, aku datang.  Kalau Huzaifah tidak ada, aku tak datang. Bermakna kalau Huzaifah tidak ada, orang itu munafik. 

Dan Huzaifah juga Nabi minta para sahabat minta didoakan kepada dia.  Dia begitu rapat dengan Rasulullah Apa kelebihan Huzaifah sampai sedemikian kemuliaan Allah beri kepada Huzaifah ?  Ibadahnya tiada berlebih-lebih, dia buat fardhu tapi kelebihan kepada Huzaifah adalah baktinya kepada ibu bapa.






12/8/09

No comments: