Thursday, 9 August 2012

Sujud Tilawah bukan perkara yang wajib

Kalau Imam tidak sujud tilawah pun tidak ada masaalah.

Hadith daripada Abi Hurairah r.a. Beliau berkata Adalah ( bermakna, bukan sentiasa, tapi maknanya 'pernah' ) Rasulullah s.a.w. beliau 'kaana yakra' ( 'Kaana Yakra'' dalam bahasa Arab bermakna sometimes/ terkadang dan bukan always), atau maknanya Nabi pernah membaca pada waktu solatal fajr (subuh) pada hari Jumu'ah, Alif Lam Mim Tanzil iaitu surah as-Sajadah dan Surah Al-Insan.

Perhati apa yang berbeza sunnah Nabi dengan apa yang kita lakukan sekarang. Ada di kalangan imam2 yang sentiasa membaca setiap Jumu'ah kedua-dua surah ini sehingga timbul imej seakan-akan kedua2 surah ini wajib dibaca pagi Jumu'ah. Padahal Nabi hanya TERKADANG membaca Alif Lam Mim Tanzil rakaat pertama dan Surah Al-Insan pada rakaat kedua. 

Disebabkan kerana kesalahfahaman dalam memahami sebuah sunnah, apabila Imam uzur, dan timbalan Imam tidak menghafal surah Al-Insan dan As-Sajadah, mereka terpaksa meminta jemaah yang boleh membaca kedua-dua surah itu. Dan bila tidak ditemui jemaah yang boleh membaca, mereka teruskan solat berjemaah tetapi menyuruh jemaah qadha' solat tersebut. Sebab dia mengatakan surah itu wajib dibaca pada  pagi Jumu'ah dengan sebab katanya, ada sujud tilawah.

Sebenarnya, kebetulan dalam surah As-Sajadah ada ayat tilawah bukan kerana ada sujud itulah kita baca. Kalau sebabnya kerana sujud, kita boleh gantikan dengan surah Al-Alaq kerana dalam Al-Alaq pun ada sujud tilawah.

Sebenarnya, surah As-Sajadah menceritakan sejarah cerita manusia, daripada manusia diciptakan, sampai manusia di dunia, hingga hidup selesa, hingga masuk kubur, sampai mereka disiksa di akhirat. Cerita dari A-Z penciptaan manusia, Allah cerita dalam As-Sajadah. Sebagai satu peringatan Allah kepada manusia, at least manusia sedar. Itu sebabnya. Bukanlah sebab ada sujudnya.

Kalau tak sujud pun tidak ada masaalah. Sebab masyarakat tidak faham bahawa sujud tilawah bukan satu kemestian kefardhuan. Yang Nabi baca adalah kerana Nabi hendak cerita. 

Akibat kekurangan ilmu, seseorang akan mudah bersifat extreme dalam beragama. Sebab itu kita kena perluaskan ilmu kita sehingga sekira imam tidak sujud tilawah pun tidak ada masaalah. Kita tidak perlu sujud sahwi. 

Sujud tilawah bukan perkara yang wajib. Kalau nak sujud pun bagus, Kalau tidak sujud pun tiada masaalah.




No comments: