Friday, 10 August 2012

Uwais Al-Qarni

Nabi berpesan kepada Abu Bakar, pada Umar, pada Uthman;  Nabi berkata selepas saya wafat nanti sekira kamu hendak didoakan, engkau jumpa kepada budak yang bernama Uwais Al-Qarni. Tak handsome budak itu, rambut keriting, tapi Nabi kata don't judge the book by it's cover. Nabi berpesan pada Umar, kamu cari orang yang bernama Uwais Al-Qarni.

Sehingga pada musim haji pada zaman Umar, Umar tertunggu-tunggu. Nabi kata dia(Uwais)  akan jalan dengan kumpulan jemaah hajinya paling belakang. Ciri-ciri dia, Nabi beri, masih belia lagi, rambut kerinting, kulit hitam dari Afrika. Umar berasa curious. Dia mendekati orang ini, dia kata engkau ke bernama Uwais ? Dia kata 'ya'. Umar tak tanya lebih, dia ikut saja budak ini. Dia nak tengok sehebat mana ibadah Uwais. Dia tengok malam tidur, tak adalah beribadah sepanjang malam. Besoknya, bukan dia puasa, dia makan. Umar berfikir, apa kelebihan kawan ini, sehingga Nabi suruh, nak minta doa, minta dia. Akhirnya Umar berterus terang, dia tanya  'apa secret engkau ?'. Jawapan Uwais, saya hanya berbakti kepada ibu saya. Sehingga orang yang mengetahui Uwais ini,  bercerita. Allah memuliakan Uwais dari segi perkhidmatannya kepada ibunya. Daripada Yaman, dia telah mengangkat ibunya untuk pergi ke Mekah mengerjakan ibadah haji. Masa yang di tempoh adalah 15 hari perjalanan. Dia orang susah. Dia tak benarkan mak dia untuk memijak panas padang pasir. Bila mak dia hendak menunaikan hajat, dia letak kakinya, di berkata kepada emaknya , Mak letakkan kaki Mak atas kaki saya. Mak tunaikan hajat. Kemudian apabila dah menunaikan tawaf dan selesai semuanya, malam dia jaga mak dia.

Inilah yang membuat Allah sayang kepada Uwais sehingga Allah beri kepadanya sesuatu kemuliaan seperti seorang wali. Doanya menyamai beberapa puluh para sahabat. Ibadahnya basic sahaja, yang fardhu tetapi dari segi khidmat kepada ibunya, hebat.

No comments: