Monday, 17 December 2012

Doa ibu itu tidak ada hijab antara dia dengan Allah

Ketika Imam Shafie rahimahullah pergi ke Mesir berjumpa guru beliau, Imam Malik, meminta untuk di doakan. Kata Imam Malik "Kamu salah alamat, datang minta di doakan dengan aku". Kata Imam Syafie, "Kenapa ? " Kata Imam Malik, "Di rumah kamu ada seorang yang doanya 100 ribu kali ganda daripada aku.". Siapa itu ? Ibu kamu ! Doa ibu itu tidak ada hijab antara dia dengan Allah. Doa Ustaz is much lower
 daripada doa ibu bapa. Kedudukan ibu bapa dalam Islam adalah kedua sesudah Allah. Lihat surah Al-Isra' 17:23.

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia

No comments: