Sunday, 13 January 2013

Istilah Malaikat Izrail

Istilah 'Malaikat Izrail' itu daripada Israeliat sebenarnya, bukan daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Nabi sendiri memanggil malaikat yang mencabut nyawa itu dengan Malakul Maut. Istilah 'Izrail' itu tidak ada dalam sunnah. Sebagaimana orang pergi Umrah, pergi haji, tidak ada istilah 'Bir Ali'. Yang ada adalah 'Zul Hulaifah'. Seperti malaikat yang masuk ke rumah, Nabi kata, malaikat membawa rahmat. Nama dia siapa ? Nabi tak sebut. Hanya bila kita buka buku2 Bani Israel, adalah nama2 malaikat. Kecuali malaikat yang memang Allah sebut dalam Al-Quran, seperti malaikat Zabaniah, dalam surah Al-Alaq. Malaikat Zabaniah, ikut sesetengah tafsir Al-Quran, ketua kepada malaikat penjaga neraka. Dalam hadith Nabi menyatakan, malaikat penunggu neraka, seandaikan kamu dibenarkan oleh Allah melihat sekelip mata bayang2nya, bukan dirinya, nescaya kamu akan terkejut dan mati terus. Dasyatnya malaikat Zabaniah.

No comments: