Wednesday, 27 February 2013

Menyembunyikan ilmu apabila ditanya tentang sesuatu ilmu


مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ ...أُلْجِمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَلمٍ مِنَ النَّارِ

Sesiapa yang ditanyakan orang tentang sesuatu ilmu (ilmu apa sahaja), kemudian dia menyembunyikannya, dikekang/diikat dia kelak pada hari kiamat dengan rantai2 besi daripada neraka jahanam.

Sama juga orang membiarkan sesuatu maksiat. Dia tahu ilmunya, dia tahu benda itu tak boleh, tapi dia membiarkan, maknanya dia menyetujuinya, besar dosanya.

Nabi pernah berkata, kalau kamu melihat kemungkaran, kalau kamu boleh ubah dengan tangan kamu, dengan kuasa kamu, ubah dengan kuasa kamu. Kalau yang pertama tidak dapat, tegur dengan lisan. Kalau yang lisan pun kita tak mampu juga, kita tegur dengan hati. Macam mana ? Kita doakan dia, mudah2an Allah beri hidayah kepada dia. Kita tengok kondisi.

No comments: