Sunday, 24 March 2013

Kenapa umat Islam hari ini cenderung kepada barat ?


Begitu banyak ancaman dan ugutan Allah kepada mereka yang hanya suka hanya mengikut/mengekor tanpa ilmu. Itu sebabnya Spirit of Islam bermula dengan  knowledge, ilmu, Iqra’. Bermakna setiap orang Islam mesti ada capability keilmuan. Kalau mengikut, semua orang boleh mengikut tetapi ilmu, tidak semua orang berilmu. Sebab itu diharapkan dengan konsep Iqra’ itu, umat Islam menjadi umat yang berilmu.

Kenapa umat Islam hari ini cenderung kepada barat ? Sebab umat Islam pada hari ini sudah kehilangan self-confidence, keyakinan diri mereka. Mereka lebih yakin dengan orang barat. Bagaimana dulu, pada zaman Rasulullah, zaman khilafah Islam, justeru, orang  Eropah, orang barat yang  berkiblat kepada Islam. Tetapi apabila umat Islam terlampau mewah hidup mereka, sampai ke kemuncak kejayaan, akhirnya mereka lalai. Bukan setakat melayu mudah lupa, umat Islam pun mudah lupa. Apabila mereka terlampau senang hidup mereka, semua ada, semua sebut, kun faya kun, akhirnya mereka mejadi lalai, leka. Ketika tengah lalai itulah musuh-musuh Islam yang sudah menunggu, mereka conquer Islam. Akhirnya bila Islam sudah dikuasai, mereka jadi lemah dan putus harapan, putus asa hingga ke hari ini. Maka umat Islam mereka cenderung kepada barat. Mereka mengatakan ‘Oh orang barat lebih modern dan sebagainya.’.

Banyak fakta2 sejarah menunjukkan yang dianggap milik orang barat, padahal pada asal mulanya adalah milik orang Islam. Contohnya penggunaan kot dan tie. Ibnu Batutah (orang Turki) adalah orang yang membawa konsep tie. Walaupun pada asalnya scarf yang dililit dileher dia, kemudian mengikut perkembangan masa di ubahsuai hingga menjadi tie hari ini. 

Sama juga dengan kot. Itu asalnya dari jubah, yang kemudiannya diubahsuai. Itu adalah dari orang Islam dahulu. Kalau yang mengatakan kot itu daripada orang barat itu bermakana orang itu tidak tahu sejarah.  Juga konsep cashier di supermarket, kedai itu daripada Imam Malik. Di mana dikumpul semua barang  dahulu, baru bayar. Di Eropah dahulu, ambil satu barang, bayar. Patah balik, ambil lagi satu barang kemudian bayar. 

Dari mana kita tahu? Dari sejarah. Sebab itu Islam kata, read!, Iqra’ !! Alhamdulillah, kita berbangga. Meletakkan harga/price tag pun daripada Imam Malik.  Islam dah modern dahulu jauh sebelum kita berbangga dengan orang Barat. Meletakkan price tag, memberi persaingan yang sihat, kalau setuju ambil, kalau tidak, tidak apa, ia memberi hak untuk pengguna untuk memilih. Tawar menawar ini membuka peluang untuk penipuan.

Kalau kita mengikut orang tanpa ilmu, orang2 yang diikuti akan berlepas tangan.  Dalam Ayat 166-167 Surah Al-Baqarah. Ini khususnya dalam bab ibadah.

Jangan sekali-kali dalam bab ibadah kita ikut orang lain. Bab ibadah ini adalah bab kita dengan Allah. Walaupun itu Ustaz, Sheikh, Mufti, yang pakai jubah, yang pakai serban. Jangan jadikan jubah sebagai kebenaran. Jangan jadikan serban sebagai kebenaran. Standard kebenaran daripada ilmu. Ikut ilmunya, bukan orangnya.

No comments: