Saturday, 20 April 2013

Mazhab


Mazhab bermakna aliran dan fahaman. Aliran mazhab Umar bermakna aliran Umar dalam mengamalkan fiqh. Itu sebabnya kita tidak akan menjumpai bilakah di tubuhkan sesuatu mazhab. Sebab mazhab bukan pertubuhan. Contohnya, Ada sesuatu isu. Dalam isu ini saya, A, bersendirian dalam suatu pandangan, yang berbeza dengan pandangan orang pada umumnya. Kemudian tuan2 puan2 mengikut pendapat saya, A. Semua orang yang mengikut pendapat saya itu dikatakan mazhab A. Padahal kita tak pernah buat mazhab pun. Maknanya anytime bila kita mengikut pandangan seseorang dan berpegang kepadanya bermakna kita bermazhab dengan dia. Itu maknanya mazhab. Jadi, mazhab bukan organisasi, bukan pertubuhan. Kita tidak akan menjumpai dalam buku mana pun. Mazhab Syafie di tubuhkan pada tahun sekelian-sekelian, tempatnya di mana, di rasmikan oleh menteri besar, tidak ada.

Mazhab dari segi bahasa, asal dari 'zahaba-yazhabu', tempat pergi. Contohnya, saya dalam solat subuh, tempat pergi saya Syafie, pakai qunut, Kalau saya dalam solat subuh tempat pergi saya Hanafi, tak pakai qunut. Mazhab itu tempat pergi, dari segi bahasa. Dari segi istilah, aliran fiqh untuk memudahkan perlaksanaan fiqh dalm kehidupan harian.

Jadi, mazhab bukan agama, dimana yang bukan Syafie, dikatakan murtad. La ilaaha illaAllah.

No comments: