Monday, 29 April 2013

Sekiranya kita melantik orang yang tidak sesuai dengan yang diwasiatkan oleh Allah


Allah mengatakan dalam surah Al-Anfal [8:25] kalau kita melantik orang yang tidak sesuai dengan yang diwasiatkan oleh Allah, maka Allah akan mendatangkan satu musibah, yang apabila musibah Allah turun, bukan kena orang yang zalim sahaja, orang yang baik di sekitar pun kena juga. Sebab itu kita tak nak biarkan maksiat berlaku di kawasan kita. Dalam context negara pula, bila kita tidak melantik yang Al-Qawiyy, yang kuat, peribadinya, yang kuat mentalnya, kuat agamanya, iaitu yang panduan hidupnya Al-Quran dan sunnah, bukan kuat politiknya, dan yang kedua Al- Ameen, yang di percayai amanahnya, jika kita masih juga memilih yang kita tahu tidak kuat dan tidak amanah, kita mengundang ayat Al-Anfal 8:25 seperti berikut :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfal 8:25].

No comments: