Monday, 29 April 2013

Siapa yang perlu kita pilih menjadi pemimpin


Allah memberi kepada kita panduan siapa yang perlu kita pilih menjadi pemimpin. Ada dua sahaja, disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Qasas [28:26] - الْقَوِيُّ الْأَمِينُ iaitu yang Kuat dan yang Amanah.

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya".

And said one of them (the two women): "O my father! Hire him! Verily, the best of men for you to hire is the strong, the trustworthy." [Al-Qasas 28:26]

Pemimpin itu adalah orang yang kita ambil sebagai pegawai kita. Pemimpin itu pegawai rakyat. Kerja mereka berkhidmat untuk rakyat. Mereka bukan Boss. Mereka bukan raja. Mereka dipilih oleh rakyat dan sebenarnya adalah pegawai rakyat. Rakyat itulah CEO, directornya. Menteri2, PM dan sebagainya, pada hakikatnya berkhidmat untuk rakyat, sebenarnya semua adalah pegawai2 kita.

Allah kata sebaik-baik yang perlu kamu lantik jadi pegawai kamu adalah Al-Qawiyy dan Al-Ameen. Orang yang kuat peribadinya, kuat mentalnya, kuat ilmunya, kuat daya fikirnya, kuat agamanya, kuat diplomasinya. Bukan kuat rasuahnya, bukan kuat nepotismnya. Kuat dalam semua aspek yang positif. Kuat badan dan fikiran. Kuat agamanya bermakna kuat panduan hidupnya dalam mengamalkan Al-Quran dan sunnah. Selepas itu, Al-Ameen, yang dipercayai amanahnya.

No comments: