Monday, 22 April 2013

Tidak meminta apa pun kepada manusia

Seseorang harus malu pada Allah, apabila dia mampu melakukan sesuatu, dia masih mintak kepada orang. Malu pada Allah. Setiap pergerakan kita, yang kita lakukan kerana Allah dan tidak mahu menyusahkan orang, besar pahalanya. Tak kira suami atau isteri atau anak, as long as benda itu kamu boleh buat, buat sendiri. Nabi tak pernah minta tolong daripada isteri2 beliau selagi Nabi boleh buat. Nabi kemas bilek sendiri. Nabi menjahit baju sendiri.

Sesuatu yang kita boleh buat sendiri, ambil sendiri, ambilah sendiri. Bukan matipun sebab kena ambil air sendiri.

Isi bai'at sahabat kepada Rasulullah s.a.w. - Tidak meminta apa pun kepada manusia (Muslim 1043) - catitan : ada sambungan hadith ini.

Kata sahabat 'Sesudah kami mendengar pernyataan ini, sejak itu, sesorang di antara kami berusaha untuk tidak meminta apapun daripada manusia sehinggalah apabila terjatuh cemeti kuda kami, kami tidak pernah minta orang ambilkan.'

Maknanya dia turun kuda dulu, ambil cemeti, kemudian naik balik.

Kalau kita applikasikan hadith ini pada hari ini, katakan kita nak tutup tingkap, kunci jatuh, tapi panggil orang suruh ambilkan. Padahal kunci itu lebih dekat kepada kita. Buka pintu, ambil sendiri. Kadang2 ada keegoan diri nak tunjukkan 'who I am'.

1 comment: