Tuesday, 24 September 2013

Doa diperbaiki kesudahan atau hasil dari segala urusan


Di antara ribuan doa Nabi yang ringkas tapi bagus.
اللهمّ أحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الأُمُورِ كُلِّهَا، وَأجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الآخِرَةِ

[Kitab Soheh Ibnu Hibban, jilid 3, m/s 320, No. hadith 949]

Jadikan ia sebahagian daripada doa-doa sebelum salam, selepas tahiyyat akhir

1) Ya Allah اللهمّ perbaikilah ,أحْسِنْ , segala kesudahan/hasil عَاقِبَتَنَا dari segala urusan kami فِي الأُمُورِ kesemua كُلِّهَا .

Point yang pertama kita minta kepada Allah dalam doa ini supaya Allah menjadikan semua penyudah dari urusan kita ini semuanya baik belaka. Seperti doa 'rabbana aatina fiddunya hasanah...'. Kalau kita marahpun kita berharap hasil dari marah itu positif. Kalau kita menegur orang, hasil teguran itu positif. Tidak menimbulkan rasa dendam di hati orang tersebut. Kita minta akibat daripada urusan kita ahsin, baik belaka. Kalau kita marah pun dengan anak kita, saudara kita....kita minta hasil daripada marah itu baik; baik untuk dia, dan baik untuk kita. Untuk dia, supaya dia boleh berubah, dan untuk kita, supaya kita boleh perbaiki diri kita.

2) Dan selamatkanlah kami وَأجِرْنَا (dari segi bahasa, kalau kita terjemah word for word أجر adalah 'tarik' , maknanya selamatkan. (Dan selamatkanlah kami) daripada kehinaan dunia مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا

3). Dan daripada siksa hari akhirat, وَعَذَابِ الآخِرَةِ

No comments: