Tuesday, 24 September 2013

Tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka kelak pada hari kiamat

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم

Tiga golongan, ثَلاثةٌ , yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka kelak pada hari kiamat, لا يُكَلُِّمُهُمُ الله يَومَ لقِياَمة
dan sekali-kali tidak akan melihat kepada mereka (tidak akan peduli) ولا يَنْظُُرُ إلَْيْهِم
dan sekali-kali tidak akan mensucikan mereka ولا يُزكِّيهِم
dan disediakan bagi mereka seksa yang sangat pedih ولهم عذاب أليم

1) Seorang yang sudah tua usianya tapi dalam dirinya masih ada kecendrungan kepada melakukan zina - شَيْخٌ زانٍ
maknanya dia menghala kepada zina - suka gambar2 yang haram, mencerita cerita yang lucah.
2) Raja atau pemimpin yang suka berbohong/berdusta - مَلِك كذّاب
Suka berbohong. Siapa yang dia bohong ? Semua rakyatnya.
3) Orang miskin(orang yang tidak mampu) yang susah tapi sombong - عائِلٌ مُسْتَكْبِر
Diantaranya orang yang tahu dia tidak mampu tapi memaksa diri dengan bermacam cara supaya orang nampak dia mampu. Ini kategori orang yang benci oleh Allah.

Hadith soheh riwayat Muslim no.156. 

No comments: