Friday, 6 September 2013

Tujuh point, untuk pembentukan jiwa, pada muqaddimah Surah Al-Muddathir dimana Allah mengajar dan mendidik Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

Tujuh point, untuk pembentukan jiwa, pada muqaddimah Surah Al-Muddathir dimana Allah mengajar dan mendidik Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam :

1. )يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ
Apa maknanya Muddathir ? Berselimut. Wahai orang yang berselimut (yang terlena dengan keindahan dunia)

2 )قُمْ فَأَنذِرْ 
Yang pertama sekali, 'kum', قُمْ Bangunlah,bangkitlah, jangan bermalas-malas. Selesa boleh tapi jangan hanyut (berselimut) dengan keselesaan. Bermakna bangun daripada keselesaan dan kenikmatan hidup yang Allah telah beri kepada kita. Ayat ini memang untuk Rasulullah tetapi dalam kaedah tafsir, mengambil pengajaran daripada keumuman lafaz. Perintah bangun di sini untuk kita tidak lena dengan keselesaan kehidupan dunia. Selepas kita bangkit, tugas kita adalah 'anzir'. Tugas kita yang kedua, memberi peringatan, dakwah. Dakwah bukan kerja Ustaz sahaja. Dakwah untuk semua kita. Dakwah ada tiga :
a) Dakwah bil hal- Dakwah dengan perbuatan 
b) Dakwah bil kaul - dengan perkataan
c) Dakwah bil kitaabah - dengan tulisan

3) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
Sentiasa membesarkan Allah (dalam diri kita). Kenapa tidak sah solat selain daripada takbir ? Sebab apabila kita takbir, kita set minda kita, selain itu, asghar (kecil), tidak ada yang lebih besar daripada Allah. Membesarkan Allah dalam diri kita bermakna kita merasa semua dalam dunia ini selain daripada Allah, kecil belaka. Sehingga semua urusan melibatkan dunia ini semuanya kecil. Kalau ada, Alhamdulillah, tak ada sudah. Tidak perlu menangis di dunia.

4) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
Pakaian kamu hendaklah dibersihkan. Menunjukkan orang Islam itu mahu tak mahu mestilah pembersih orangnya. Hidup dengan cara yang bersih.

5)  وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ
Selepas kamu membersihkan pakaian kamu daripada kotoran, tidak ada ertinya membersihkan yang zahir tetapi kamu masih mengekalkan dosa. Dan dosa2 yang kecil maupun yang besar, tinggalkan. (Tidak ada istilah dosa kecil kalau berterusan dan tidak akan menjadi dosa besar jika setiap dosa kecil itu diiringi dengan istighfar. Contoh dosa kecil, sentiasa mentakhirkan solat.)

6)  وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ
Janganlah kamu memberi orang dengan menggantung harapan hopefully dia bagi pulangan yang lebih daripada itu. Kalau kita berbuat baik, kalau orang balas Alhamdulillah, kalau tidak, sudah. Tidak perlu bersusah hati, kenapalah dia tak balas. Kalau kita bersedih bermakna hilang nilai zuhud dalam diri kita.

7) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Dan pada melaksanakan tugasan kepada Tuhanmu, maka bersabarlah. Dalam ayat ini Allah mengiktiraf bukan senang nak ikut perintah Allah. Allah tahu tapi Allah kata sabar. Anggaplah dugaan hidup kita sebagai ubat yang pahit yang terpaksa kita telan untuk kita mendapat hasil kebaikan dimasa hadapan. Orang yang hidup senang2 itu gula2. Banyak makan gula2.........Perintah Allah bukan saja dalam solat, puasa, zakat dan haji. Perintah Allah untuk kita menerima kententuanNya, kita kena bersabar. Itu perintah Allah juga. 

No comments: