Saturday, 5 October 2013

Jangan suka pada 'berkumpulan' atau berpuak-puak

Ar-Rum 30 : 31-32

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ - Hendaklah manusia itu sentiasa bertaubat kepada Allah
وَاتَّقُوهُ - Dan sentiasalah merasa Allah mengawasi mereka
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ - Jangan lupa sentiasa menegakkan solat
وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ Dan jangan sekali- sekali kamu bersikap seperti orang2 yang syirik
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ - Iaitu, mereka yang suka memecah-belahkan agama
وَكَانُوا شِيَعًا - Kemudian mereka suka sangat berpuak-puak
كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ - Setiap golongan daripada mereka berbangga dengan golongan masing-masing.

Jangan suka berparti-parti, berpuak-puak kerana apa ? Kerana setiap puak itu berbangga dengan puak masing2. Ciri orang musyrik itu bukan hanya menyembah berhala. Orang yang suka memecah belah agama dan berpuak puak itu musyrik. Kalau kita suka dengan berkumpulan maknanya kita masuk kategori ini. Contoh : Orang sunnah tidak ada istilah puak atau kumpulan sunnah. Kita hanya mempelajari sunnah Rasul. Allah mengsyaratkan di sini ciri orang musyrik adalah orang yang suka memecah belahkan agama dan berpuak-puak. Akhirnya setiap puak/kaum berbangga dengan apa yang ada dalam kaum masing2. Na'uzubillah.

No comments: