Monday, 18 November 2013

Fitnah

Kita suka cerita isu yang kita tak pasti hujung pangkal. Kita rasa seolah olah jika kita tak ikut cerita, macam tertinggal. Kita pun nak macam cnn jugak. Kita kata kita bukan memfitnah orang. Kita menyebar isu yang tidak nampak jelas itu, Allah kata kamu anggap kecil ke? Disisi Allah dosa besar. Dosa besar tidak perlu nak bunuh orang, nak minum khomar, cukuplah kita menyebar isu yang tak jelas. Itu sudah cukup dikatakan dosa besar. Cuba sekiranya setiap muslim berpandu ayat ini. Aman sejahtera negara ini. Kalau ada berita ambil sikap 'aku tak pasti, aku tak nak involve-lah, wa Allahua'lam'. Tapi bagaimanapun dalam masyarakat kita pasti ada yang namanya orang2 fasik, yang suka menyebarkan isu2.

Ada dua kumpulan; yang pertama adalah orang yang fasik, yang kedua orang mukmin. Sikap orang mukmin, dia diam, tawaqquf pada berita yang dia tak pasti. Itu mukmin. kalau kita ikut juga menyebarkannya, itu fasik. Di dalam Al Hujraat 49:6 Allah gandingkan perkata aamanu dan fasik. Di sini fatabayyanuu dalam bentuk feel amar, bermakna search, cari atau selidik dahulu, betul atau tak betul cerita ni. Tabayyun dahulu, selidik dahulu, betul ke tak betul ini. Supaya apa? Jangan sampai kamu terlanjur, menimpakan satu tuduhan terhadap orang lain disebabkan kejahilan kamu tentang isu tersebut yang pada akhirnya kamu, fatusbihuu, kamu menyesal.

Apabila kita announce atau publish sesuatu perkara yang kita tak pasti betul atau tidak, kemudian kita tanya 'betul ke?'. Tapi kita dah post dalam internet, facebook, twitter, kita dah sebarkan. Samaada betul atau tidak, orang yang menyebarkan itu orang fasik. Orang fasik bila masyarakat tenang, dia kena buat isu, biar masyarakat bergolak, bergaduh. Itu kerja orang fasik.

Apa kata Allah apabila kita mendengar sesuatu berita, jangan get involved dalam berita tersebut, jangan telan bulat bulat, dan jangan kita tolak mentah mentah. Pertama kita mesti tabayyun. Itu perintah Allah dalam surah Al Hujurat, 49: 6.

Apabila kamu mendapat suatu berita, kata Allah, sikap orang yang beriman adalah tabayyun. Buat research dahulu. Kalau kita tidak menjumpai kebenaran. Nak katakan tidak pun kita tak ada bukti, nak kata ya pun kita tidak ada bukti, ambil sikap yang kedua, iaitu tawaqquf, iaitu berhenti kepada membicarakan kepada isu tersebut. Jangan kita masuk kepada orang yang melibatkan diri dalam menyebarkan isu. Sekira berita itu benar, dan sekiranya kita mempunyai kuasa untuk mencegah atau sebagainya, kita harus mengambil sikap amar ma'ruf nahi munkar (terhadap orang yang melakukan kemungkaran tersebut). Tapi sekiranya kita tidak mempunyai kuasa maka, kita harus mengambil sikap tawaqquf.
Rujukan :
Surah Nur 24:15

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Surah Hujraat 49:6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

No comments: