Monday, 18 November 2013

Penawar perselisihan

Penawar perselisihan - dalam surah Al-Anfal, ayat 46 [8:46]

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

1. Penawar perselisihan, Allah mulakan pada pangkal ayat iaitu وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَ , hanya dalam mentaati Allah dan Rasul, manusia akan bersatu.
2. Akibat dari tidak mentaati Allah dan Rasul maka datang lah perkataan تَنَازَعُوا, kamu akan saling berselisih.
3. Dan akibat daripada perselisihan apa? فَتَفْشَلُوا. Maka gagal lah semua rancangan kamu. Tidak ada planning yang berjaya apabila orang yang membuat perancangan itu berselisih. Contohnnya sebuah company yang besar, board of directors nya semuanya bergaduh. Tak jadilah perancangan tersebut.
4. Akhirnya apabila gagal semua perancangan, sebesar mana pun, وَتَذْهَبَ رِيحُكُ hilanglah wibawa/kekuatan umat Islam di mata musuh2 Islam. Mereka tidak takut lagi. Bila umat islam dan asyik bercakaran, masa itulah musuh Islam akan naik menguasai. Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah.
5. إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

No comments: