Monday, 18 November 2013

Perkara2 yang menghapuskan pahala kebaikan (bahagian 1, 1 - 4)

Perkara2 yang menghapus pahala atau amal baik seseorang adalah :

1) Syirik.

Syirik bukan sahaja menyembah berhala, batu atau kuburan. Syirik adalah perasaan dan keyakinan dalam diri seseorang bahawa ada kekuatan lain selain Allah yang dapat memberikannya manafaat atau mudhorat.

Rujukan : 
1. Surah Az Zumar 39:65
2. Surah Al-An'am 6:88
3. Surah At- Taubah 9:17


2) Murtad.
Rujuk Surah Al-Baqarah 2:217


3) Riya' dan suka mengungkit-ungkitkan kebaikan.

Erti Riya' adalah menunjuk-nunjuk.

Definisi riya' mengikut syariat adalah melakukan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah dan meninggalkan suatu perbuatan juga bukan kerana Allah.

Misalnya, kita ada peluang menginfak kerana Allah. Kita berniat nak beri RM50 tapi bila nak beri, terlintas al-khonnas, dia kata, Nanti kamu bagi RM50 orang nampak, nanti orang kata kita menunjuk-nunjuk. Akhirnya kita tak jadi beri RM50, kita ambil RM10 biar sama standard dengan orang lain, itu pun riya'. Makna kita tak jadi buat benda yang baik KERANA ORANG. Sebaliknya 'Ah, orang bagi RM5, RM10, aku nak bagi RM50 biar orang nampak, itu pun riya'.

Contoh lain - Kita stand by nak start solat zuhr awal, Bila Azan, kita dah keluar daripada rumah. Bila kita keluar, datang syaitan, dia kata 'Kamu pergi awal sangat, nanti orang nampak, orang kata kamu menunjuk-nunjuk. Tak payahlah, standard je macam orang lain,' Lepas tu kita tak jadi pergi ke masjid berawalan. Kita aminkan kata syaitan, duduk di rumah, supaya kita dikatakan ikhlas. Tak jadi pergi ber awal-awal, padahal adalah sunnah untuk pergi berawal-awal. Itu pun riya'.

Kita tak jadi buat benda baik kerana takut riya', itu pun riya'. Kita takut dikatakan oleh orang kita riya', mafhumnya kita nak orang mengatakan kita ikhlas. Itu riya'. Ingin dikatakan kita ikhlas, itu riya'.

Terkadangnya kita takut komen orang, akhirnya benda yang baik kita tak jadi buat, itu riya'.

Ikhlas itu melakukan sesuatu tanpa terlintas apa kata orang. Kita buat kerana Allah.

Jangan melakukan sesuatu atas apa kata orang. Buat kerana Allah. Budaya kita, contohnya, kita bagi sesuatu, kita suka kata, 'Kita ikhlas ni !' Itu riya'.

Allah, dalam surah Al-Baqarah ayat 264, mengandingkan perkataan riya' dengan kafir. Bermaknanya hampir2 orang yang sukar riya' ini hampir2 jatuh kepada kafir.
Ayat ini berpangkal dengan wahai mereka yang mengaku dirinya beriman.
Jangan kamu membatalkan pahala sodaqoh (kebaikan, mewakili amalan2 sunat kamu) kamu dengan menyebut-nyebutnya ataupun perkataan yang menyakiti hati orang lain seperti orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah supaya dilihat oleh manusia.

Kenapa orang riya' itu dikatakan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat? Kerana dia tidak yakin yang Allah melihat segala perbuatannya sehingga dia perlu merasa orang perlu melihat perbuatan dia. Kalau kita yakin Allah melihat kita, kita tak perlu orang tengok kita nak buat apa. Contoh bila kita solat , patutnya apabila kita solat, orang nampak atau tak nampak, begitulah solat kita. Jangan pula bila kita solat bersendirian, orang kata 'janji solat' tapi bila depan orang, kalah Ustazah, dengan segala kesempurnaannya, menunjuk-nunjuk.

Allah beri perumpaan seperti sebuah batu yang licin, diatasnya ada debu, kemudian di timpa hujan yang sangat lebat. Agak2 lepas hujan itu reda, ada lagi tak debu atas batu tersebut? Itulah perumpamaan orang yang riya'. Susah payah dia buat ibadah, bila dia menunjuk-nunjuk, habis pahalanya...

Dalam hadith, Nabi mengumpakan riya' dihati manusia itu itu sebagai tapak kaki semut, dabiibun naml. Semut pun tak nampak, ini tapak kaki semut, macam mana? Perasaan riya' dihati manusia itu terlalu halus, subhanallah, astaghfirullah.

Rujukan Surah Al- Baqarah 2:264


4) Mendatangi dukun, peramal atau sejenisnya

Rujuk Hadith Riwayat Muslim yang maknanya :
Sesiapa sahaja yang mendatangi peramal (penilai nasib) kemudian dia bertanya kepadanya tentang sesuatu kepadanya, maka tiada sesuatu diterima Allah baginya solat selama 40 malam. (Hadith Riwayat Muslim No. 5782)

Ini keluar daripada samaada dia percaya atau tidak. Datang sahaja - tanya - 40 hari ditolak oleh Allah ! Ini walaupun dia hanya tanya pada seseorang. Saja2 . Contohnya : Pergi pasar malam, ada table tukang tilik, saja2 tanya. Katakan ia free, kita pun saja2 tanya. Bermaknanya kita pun dengan sengaja, untuk saja2 menghapuskan pahala kita 40 malam. Samaada lepas itu kita percaya atau tidak. Kita tanya sahaja....Automatic, apabila solat ditolak oleh Allah, selainnya ditolak. Sebab solat itu kunci ibadah.
Termasuk juga di sini horoscope.

No comments: