Monday, 18 November 2013

Puasa 10 Muharram

10 Muharram. Elok juga kita lakukan satu sunnah yang dikategorikan sebagai sunnah hammiyyah iaitu sunnah yang dalam bentuk keingininan yang kuat Rasul yang belum tercapai. Tetapi oleh kerana beliau wafat terlebih dahulu maka tak tercapai. Diantaranya adalah puasa pada hari Asyura. 

Satu masa dahulu, para sahabat melihat orang Yahudi di Madinah. Mereka berpuasa pada 10hb Muharram. Sahabat bertanya buat apa kamu berpuasa? Mereka berkata kami meraikan hari dimana Nabi Musa diselamatkan oleh Allah daripada dikejar Firaun. Maka berita ini sampai kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Kata Rasulullah, sepatutnya kita yang lebih layak merayakan hari tersebut. Kerana orang Yahudi, mereka merayakan sahaja tapi ajarannya dibuang. Nabi kata, kalau tahun hadapan saya masih hidup, maka saya akan berpuasa sehari sebelum atau sesudahnya. Supaya apa? Supaya tidak menyamai orang Yahudi.

Walaupun kita hendak berpuasa pada hari Asyuranya, tapi hendaklah kita memulakan sehari sebelum atau sehari sesudah. Note : 'Atau' Bukan 'Dan'. Bermakna kalau seseorang itu berpuasa terus 3 hari, itu bid'ah, tiada pahalanya.

Sesuatu yang banyak itu tak semestinya bagus. Bahkan yang terlebih itu dikatakan cacat. Yang sempurna itu adalah apa yang disuruh oleh Allah. Berpuasa fokus kepada 10 Muharram tapi kalau puasa 10 Muharram sahaja bermaknanya kita sama dengan Yahudi. Sementara Islam menyuruh kita sentiasa mesti berbeza daripada orang Yahudi dan orang Nasrani.

Kelebihan puasa Asyura adalah ia mengkaffaarahkan dosa (dosa2 kecil) setahun sebelum dan selepasnya. Ini adalah peluang yang Allah berikan.

No comments: