Monday, 18 November 2013

Tips daripada Rasulullah untuk mengesan keburukan (dosa)

Tips daripada Rasulullah untuk mengesan keburukan (dosa) :

مٓا حاك في صدرك وٓكٓرِهْت أن يطلع عليه الناس

Kata Rasulullah apabila ditanya Huzaifah Al-Yamani bagaimana untuk mengesan yang saya lakukan itu berdosa ataupun tidak : 

Segala apa tindakan, yang terlintas di hati kamu untuk melakukannya dan kamu tak mahu atau tak suka sekira lintasan tersebut diketahui orang lain. 

Perasaan takut orang lain tahu apa yang dilakukan, maka itu adalah dosa - jadi kalau kita tak kisah orang tahu, maka itu bukan dosa.

Contoh :
1. Bercakap tentang third person, kalau kita takut orang ketiga itu tahu kita sedang bercakap tentang dia, itu dosa.
2. Bila kita tak berpuasa dengan sebab yang dibenarkan syariat (seperti yang tengah haidh, musafir), untuk tidak berpuasa, kita tidak ada alasan nak sembunyi-sembunyi. Kita tak perlu takut sebab kita dibenarkan syariat untuk tidak berpuasa. Anywhere kita boleh minum atau makan.
3. Anak tak nak Emak atau Ayah tahu yang dia tak solat. Segala usaha dia buat supaya Emak atau Ayah tak tahu yang dia tak solat itu berdosa.
4. Ber 'chat' dengan kawan di computer, tapi bila Emak masuk, dia cepat2 tutup computer, itu berdosa.
5. Memakai skirt pendek, tapi bila bangun ia cuba turunkan, seperti takut orang nampak. Dia takut orang nampak. Perasaan takut orang nampak itu dosa.
6. Kalau takut pasangan tahu apa dalam handphone kita, itu berdosa. (Hanya kalau ada yang dalam message mengandungi peribadi/rahsia orang). Ada sesuatu yang dalam handphone, yang dia takut pasangan dia tahu, itu berdosa.

No comments: