Tuesday, 24 December 2013

Malam untuk berehat dan siang untuk bekerja.

Lihat Surah surah An Naba' ayat 10.   وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسً , Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

Ini adalah bahasa kinayah, bahasa sindiran.

Malam adalah waktu untuk berehat dan siang waktu untuk bekerja. Bermakna sunatullah, ia ketentuan Allah.  Ketentuan Allah adalah malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Walaupun alasannya 'tak mengantuklah'. Bukan masaalah tak mengantuk tapi masaalahnya kamu kena ikut sunatullah. Contohnya sekiranya pada waktu siang kita  tidur sehingga tiga jam,  jadi pada malamnya  pukul 12 atau pukul satu, kita masih celik lagi, tak mengantuk lagi. Ingatlah ayat ini.  Walaupun tengah fresh, kita kena ikut ayat ini. Pejamkan mata, tidur tak tidur tak tidur, itu kemudian.

Ikut dahulu perintah Allah. Bermakna orang yang sengaja, dan membiasakan diri untuk tidak tidur malam, itu berdosa. Keesokan hari dia akan lemah, malas. Kerana dia sudah melanggar sunatullah.

Maka orang yang melanggar sunatullah itu berdosa.  Ini aturan Allah.

Orang tidur siang menggantikan malam itu salah. Itu melanggar sunatullah.

Sekiranya orang yang  berkerja shift itu kalau ditugaskan malam (sahaja) sampai setahun, dia wajib berhenti kerja. Ada juga kajian yang dilakukan ke atas orang yang tidak tidur malam. Mereka disibukkan dengan bermain game dan sebagainya.  Didapati jantung mereka semakin lemah pada bulan ketiga.  Dan masuk  pada bulan ke-lima, salah seorang daripada mereka meninggal dunia.

Apa sahaja yang melanggar sunatullah ada risikonya.

No comments: