Tuesday, 20 May 2014

Status Ibu Bapa dalam Islam dan surah Al-Isra' 23-30


1) Ittaqillah- bertakwalah kepada Allah
2) Cukupkanlah diri dengan apa yang di ajarkan oleh Allah dan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jauh sebelum adanya hari ibu,  Al-Quran sudah terlebih dulu meraikan ibu dan mereka yang bergelar wanita dengan adanya surah An-Nisa'. Tidak ada surah Al-Rijal. Sebagai satu penghormatan yang besar pada mereka yang bergelar wanita, khasnya mereka yang bergelar ibu. Dalam surah Al-Isra' banyak berkait rapat dengan perintah2 Allah dalam Al-Quran berkenaan tentang biirul walidaini, (menghargai, menghormati kedua ibu bapa). Mother's day bukan daripada Islam.  

Apa yang terangkum dalam Al-Isra' ayat 23-39, adalah saripati ajaran Allah dalam semua agama.  Apa yang Allah sebut dalam Al-Quran, Allah sebut dalam taurat, dalam zabur , injil,  ajaran daripada Nabi Adam sampai Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, semua terangkum dalam surah Al Isra' ayat 23-39. Summary, ringkasan daripada semua content kitab2 samawi samaada  taurah zabur, Injil,  Al-Quran, suhuf2. helaian2, lembaran2, kitab perintah Allah yang diberi pada nabi2 yang tidak dikenal. Nabi Sith, Nabi Danial dan sebagainya dikalangan Bani Israel pun contentnya adalah sama seperti ayat tersebut. 

Al-Isra' 17:23

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا
فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

1) Tauhid

  رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ

Bermula dengan  وَقَضَىٰ رَبُّكَ ,(dan telah dijatuhkan hukum, قَضَىٰ  kita kata tok kadhi, yang menjatuhkan hukum), 

Telah diwajibkan bagi Allah untuk manusia, yang pertama adalah tauhid.  Perintah yang pertama adalah tauhid. Jangan sekali2 kamu menghambakan diri kecuali kepada Allah sahaja.  Jangan bertuhan kepada yang lain termasuk tuhan dalam bentuk harta, jawatan, kemewahan, hidup dunia dan sebagainya. Allah kata jangan menjadi hamba kecuali kepada Allah sahaja 


2) Birrul waalidain.  بر الوالدين

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Selepas ajaran tauhid, yang kedua adalah وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا  (dan kepada ibu bapa kamu, tolong buat baik). Kita tidak akan jumpa dalam Al-Quran dimana Allah perintahkan ibu bapa untuk buat baik dengan anak. Kenapa? Fitrah mereka. Ibu bapa tidak perlu diperintah untuk buat baik kepada anak mereka, kerana automatic mereka akan berbuat baik. Tetapi tidak selalu anak mengerti sehingga Allah perlu campur tangan mengingatkan kepada mereka yang bergelar anak, kata Allah selepas jangan syirikkan Aku, وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا , kepada ibu bapa kamu, kena berbuat ehsan. 

Tak cukup dengan perintah sahaja,  Allah luaskan, إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ" Wahai yang bergelar anak", kata Allah, "sekiranya hidup bersama kamu, diantara kedua duanya sampai ke usia الْكِبَرَ  kibar, ke usia mereka patah balik macam kanak2.  

Macam mana ini ?  Allah janji dalam Al-Quran, وَمَن نُّعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ Surah Yasin 36:68, sesiapa yang kami panjangkan usianya akan kami kembalikan kepada bentuk asalnya. Bentuk asal mereka iaitu kanak2, baby, ingin perhatian lebih , sensitif, cepat merajuk.  Apabila kamu yang bergelar anak,hidup bersama salah seorang daripada mereka, atau kedua duanya sekali,  Allah bagi masa, kesempatan untuk jaga mereka berdua ini.  Allah berpesan فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ  jangan sekali kali menzahirkan sikap tak suka, sikap confrontasi, walaupun tidak dengan kata-kata atau walaupun niat nak bergurau. Contoh Alah Mak apa tau. Alah ayah apa tau. أُفٍّ Umph itu istilah bahasa Arab, di sini 'ah', 'cis', mengecak. وَلَا تَنْهَرْهُمَا Dan jangan menengking, menyergah mereka.

Dalam Islam, demikan tinggi hak mak kepada anak, sekira mak atau ayah sengaja bunuh anak, tidak ada qisas. Kalaulah ada mak atau ayah tergamak hati dia, nak sembelih anaknya hidup2, tidak ada qisas. urusan akhirat, itu antara dia dengan Allah. Menggambarkan betapa tinggi hak mak ayah kepada anak. 

Bagaimana seorang anak datang berjumpa Nabi. Dia complain "Ya Rasulullah, saya seorang peniaga. Susah payah saya berniaga. Ke Syam dan sebagainya. Tiba2 senang2 saja ayah saya ambil harta saya ya Rasulullah.  Nabi kata kamu nak apa? Anak itu berkata saya mintak keadilan. Nabi menjawab  أنت ومالك لأبيك kamu dan harta kamu kepunyaan bapa kamu. Maknanya anak ni dia dah bekerja susah payah sampai patah pinggang dia, sampai ke rumah ayah dia standby berdiri, dia tanya gaji engkau dimana ? Anak tak boleh report polis. Ketahap demikian Islam menganggap derajat mak dan ayah.  Allahu Akbar 

Bukan sahaja  berkata-kata umph, uf, ah, yang menyakitkan hati mereka, tapi kata Allah "wahai mereka yang bergelar anak, وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا " latih perkataan kamu,  ajar lidah kamu untuk sentiasa bercakap dengan percakapan yang mulia. Bukan percakapan yang baik sahaja. Tapi mulia. قَوْلًا كَرِيمًا Kaulan kareema bukan قَوْلًا حسن kaulan hasana. Mengikut Ibnu Kathir, percakapan yang baik, depan saja yang baik. Belakang dia kutuk.  Dia kata si tua nilah. Istilah si tua.  Tapi kalau percakapan yang mulia, seseorang yang memuliakan ibu bapanya tak kira depan ataupun belakang.

Hamparkan  sayap kehinaanmu -  ٓواخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ

Sampai Allah mengajar lagi.  Allah kata وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ "dan rendahkan sayap kehinaanmu dihadapan mereka berdua". Wahai para anak, setinggi apa pun derajat kamu, sehebat mana pun gelar akademik kamu, serendah mana pun mak ayah kamu, katalah mak ayah kamu tak sekolah sekali pun, depan mereka berdua, tunjukkan bodoh. Kena tunjukkan yang kamu tak tau apa-apa. Jangan pernh menunjukkan yang saya PHd, mak tak tau apa apa, ayah setakat penoreh getah. Depan mereka berdua kamu kena hamparkan sayap kehinaan. Hinakan diri kamu depan ayah mak kamu. Allahu  Akbar. Dia tak boleh merasa dia lebih tahu daripada mak ayah dia.  Walaupun setinggi manapun pendidikan dia. Dan dia tau emak ayah dia tak sekolah mana pun. 

Di antara cara yang paling ringan untuk وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ  merendahkan sayap kehinaan, kata seorang pensyarah, dalam apa jua keputusan kamu, jumpa mak ayah. Mintak restu, mintak doa. Minta pandangan. Katakan anak ini seorang engineer. Dia pandai membina bangunan dan sebagainya. Mak Ayah tak tau apa2 pasal engineering. Minta doa restu mereka. Sebab keredhaan mereka ini mengatasi teori yang kamu tulis diatas kertas kamu. Katakanlah ahli perniagaan, sesudah dia memutuskan sesuatu tentang apa-apa perniagaan, dia mesti juga berjumpa mak ayahnya minta pandangan, minta pendapat, mak ayahnya, minta di doakan.

Dalam Hadith Bukhari - Ketika Nabi melangkah kepada anak  tangga kedua pada khutbah Jumaat Di dengar sahabat. Selepas khutbah sahabat bertanya Ya Rasulullah ketiga anak tangga yang engkau menjawab amin, amin amin. Nabi aminkan . Pada anak tangga yang kedua Malaikat Jibril berdoa dan Rasulullah meng aminkan doa itu.  Apa content doa tersebut  :

1. Ya Allah Sayangi lah mereka para anak yang berbakti dan menjaga mak ayah mereka ketika mereka masih hidup.
2. Ya Allah Laknatlah, kutuklah, buanglah keberkatan dari sesiapa sahaja yg ketika emak ayah masih hidup dia tidak dapat berbakti kepada mereka berdua. 

Bukan sahaja kata Allah, kamu tak boleh mengucapkan cis, kata umph, kata ah, tunjuk hina depan mak ayah, lepas it Allah ajar terus doa  kepada kita.Bukan doa Nabi, Allah yang ajar doa kepada kita :

 رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

Ucapkan kamu wahai para anak "Sayangi mak ayah aku sebagaimana mereka menyangi daku ketika kecil. "

Ada seorang yang dikategorikan hidup pada zaman sahabat yang bernama Uwais Al Qarni. Seorang yang nabi berpesan kepada sahabat sepeninggal aku nanti kata Rasulullah, kalau kamu ingin didoakan cari orang ini. Nabi sebutkan ciri2 dia. Pada zaman Umar ia dikenali orang sebagai Uwais Al-Qarni. Dia berkulit hitam dari Yaman miskin, susah, tapi doa nya menyamai doa nabi dan rasul. Tidak ada amal ibadah  lain yang istimewa yang ada pada Uwais Al-Qarni. Melainkan satu sahaja Dia berbakti kepada ibu.  Sehingga baktinya kepada ibunya telah menyebabkan doanya sebagaimana doa nabi dan rasul. Subhanallah.

Allah begitu memuliakan seseorang yang sempat lagi ketika  hidup,  hidup bersama ibu dan ayahnya dia berbakti, sentiasa menjaga hati ayah dan ibunya. Zahirnya kita boleh menjaga iaitu makan minum dan sebagainya. Tapi terkadang sikap kita kepada ayah, ibu walaupun tidak diniatkan kita kena jaga hati mereka betul2 sebab mereka sangat fragile. Mereka sangat2 sensitif. 

Imam At Tirmizi dalam hadith yang soheh mengatakan Keredhaan Allah bergantung kepada redhanya mak ayah. Kemurkaan Allah sangat bergantung kepada murkanya mak dan ayah. Bila mak ayah redha ,automatic Allah redha. Bila mak ayah murka , Allah pun akan murka. Itulah kunci keberkatan.

Terkadang apabila orang ada hajat sesuatu, dia mencari Ustaz, untuk minta air tawar. Dia lupa di rumahnya ada wali Allah, dimana bila di angkat tangannya ke atas maka akan terbuka tujuh lapis langit untuk didengar doa nya oleh Allah. Siapa dia ? Ibu dan ayah. Tepikan Ustaz-ustaz. Balik rumah, cari mak, cari ayah, cium tangan mereka, minta di doakan.  Bab dia tak sembahyang, bab dia berjudi, bab dia kaki botol, itu antara dia dengan Allah. Tapi doa dia untuk kamu sama seperti wali. "nak dia macam mana, Ustaz, dia tak pakai tudung" Dia tak pakai tudung, itu antara dia dengan Allah. Tapi doa dia untuk kamu adalah doa nabi dan rasul. 

Kita tak akan jumpa dalam hadith, dalam Al-Quran yang Allah mengajar mak doa kepada anak. Mereka tak payah di suruh mereka akan mendoakan anak, cucu. Kadang kadang sehingga lupa doa untuk diri sendiri. Mereka ingat bila anak2 dah besar, boleh relax, baca quran. Tapi bila anak2 ke luar negara, pergi seminar., letak di rumah ibu juga, nursery di rumah mak juga. Tapi ibu2 mereka tidak pernah mengeloh. Kalau anak tak doakan ibu ayahnya tak taulah. Subhanallah. Ratusan hadith Nabi yang menceritakan tentang birrul waalidain. 

3) Larangan untuk merasa diri kamu hebat [Al-Isra' 17:25]

رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ
[17:25]

Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; 

Tuhan kamu lebih mengetahui daripada diri kamu. Allah menyuruh semua yang bergelar manusia, Jangan perasan. Jangan perasan alim, jangan perasan pandai, jangan perasan hebat.  Allah lebih tahu kamu daripada kamu tahu diri mu sendiri. Ayat ini adalah ayat yang mematikan keegoan dalam diri kita. 

4) Allah menggalakkan kita untuk sentiasa bertaubat , beristghfar kepada Allah

إِن تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا
[17:25]
jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Sekira kamu betul-betul orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah sangat-sangat suka kepada orang orang yang  أٓوَّابِينَ awwabiin, orang bertaubat kepadanya. Ciri orang yang solih adalah orang yang segera dan suka bertaubat kepada Allah. Bila silap, dia segera kembali kepada Allah. 

5) Berikanlah orang yang dekatmu haknya

وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا

Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, 
kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.

Apa yang patut diberikan kepada yang الْقُرْبَىٰ dekat dengan dirimu,? حَقَّهُ Hak dia. Ketika kamu memiliki kelebihan wang, maka yang utama sekali kamu salurkan duit kamu kepada keluarga kamu dahulu duit sendiri, yang kita miliki sendiri, bukan duit atau hak orang awam. Kalau hak orang awam, tidak boleh - seperti bila ada projek awam, dia utamakan keluarganya, itu tidak boleh.

Tetapi Allah mengharamkan kedekut. Ada orang sangat baik dengan masyarakat, terkenal sebagai dermawan dengan masyarakat  tapi isterinya mengemis kepada orang lain. 

Jangan pula jadi macam pepatah melayu, beruk di hutan disusukan, anak sendiri ditinggalkan kelaparan.

6) Selepas kita berikan orang yang dekat ذَا الْقُرْبَىٰ   dengan dirimu haknya, barulah وَالْمِسْكِين  orang miskin yang bukan keluarga kamu.  

Yang terdekat, baru orang miskin.

7) Lepas dah beri orang miskin, semua hak kepada orang miskin sudah di beri, baru وَابْنَ السَّبِيلِ  ibnu sabiil, orang yang habis, terputus bekalan di jalanan. 

8) Janganlah sampai jatuh pada peringkat pembaziran.   وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا

Kenapa demikian?

Sesungguhnya orang yang membazir itu Allah kata ikhwaan, adik beradik syaitan. Jadi negara yang suka membazir, mengeluarkan duit tanpa mengingatkan kepentingan manusia adalah ikhwana syayaatiin. Dan syaitan itu amat ingkar, amat membangkang kepada Tuhan. Kata ibni Kathir, mengikut fiqh ul ayah, kefahaman ayat, hampir-hampir orang yang suka membazir itu menjatuhkan dirinya kepada kufur kepada Allah.

Konsep Tabzir dalam Islam dalam Fiqh ul sunnah ialah mengeluarkan sesuatu harta dengan tidak ada keperluan. Hanya setakat kemahuan, walaupun hanya satu dinar. Itulah dikatakan tabzir. 

Sebaliknyakan duit berjuta juta untuk sesuatu yang munasabah mengikut keperluan bukanlah tabzir. 

وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ مِّن رَّبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُل لَّهُمْ قَوْلًا مَّيْسُورًا
[17:28]

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.

Sekiranya kamu tidak mahu memberi harta kamu kepada mereka tetapi dengan niat yang baik, contohnya seseorang ayah dimana anak dia nakal, dia nak boycott supaya dia sedar, seminggu dia tak bagi duit. Zahir mata memandang seakan akan menahan hak orang tadi, tetapi ingat,  ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ, tujuannya mendapat rahmat Allah, bukan sebab marah yang melampau lampau, tapi nak mengajar. 

Ucapkanlah kepada mereka, perkataan yang lemah lembut قَوْلًا مَّيْسُورًا , yang bersesuaian. Mungkin juga, kita tak ada kemampuan yang membantu. Orang datang minta bantuan daripada kita tapi kita tak mampu. Maka sekurang-kurangnya, berikan perkataan yang lemah lembut yang boleh meringankan. Sekurang-kurang nya boleh meringankan jalannya. Kita cuba untuk tidak mengecewakan orang supaya Allah tidak mengecewakan kita. 

Perkataan kita apabila orang menzalimi kita.:

Rujuk An-Nisa' 4:148-149

لَّا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
[4:148]
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

إِن تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَن سُوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا
[4:149]
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

Secara asas,  Allah tak suka orang yang berkata kesat, kecuali bagi orang yang dizalimi.  Sekali sahaja. Tetapi berterusan tidak boleh. Walaupun demikian, sekiranya kamu menzahirkan kebaikan تُبْدُوا خَيْرًا  kepada orang yang menzalimi kamu tadi, atau kita sekurang kurang menyembunyikan perasaan kamu. تُخْفُوهُ, atau kamu sanggup maafkan تَعْفُوا orang tadi,  Allah kata kau nak tak aku maafkan kamu? Kalau kita balas balik 0-0 . Tapi kalau kita menzahirkan kebaikan atas orang yang mengzalimi kamu atau menyembunyikan perasaan kamu daripada tidak mengzahirkannya atau memaafkan orang tadi, Allah kata kamu nak tak Aku maafkan kamu juga? Ini janji Allah.

Allah akan balas semua. Pahala dan dosa ini Allah tidak zahirkan. Sekiranya Allah zahirkan dosa itu, maka tidak akan ada orang yang nak berdosa. Sekiranya Allah zahirkan pahala itu, tidak akan ada orang yang bekerja di ofis, semua di rumah beribadat, puasa, semua baca Quran. Kalau Allah zahirkan dengan mata kepala kita pahala itu bagaimana.

Contohnya, Allah kata dua rakaat dhuha apabila ditawarkan kepada kamu, langit, bumi dan segala isinya di satu timbangan dengan pahala solat doa dua rakaat, kamu akan pilih solat dhuha dua rakaat.  Bermaknannya semua itu tidak ada ertinya berbanding dengan pahala dua rakaat solat dhuha. Tapi kenapa susah nak buat, sebab tak nampak. Sengaja Allah menyembunyikan pahala dan dosa untuk menguji kita. Yang beriman akan buat banyak amal ibadah, yang tak beriman, setakat yang wajib sahaja.

9)  Jangan kedekut dan jangan juga terlampau pemurah

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا
[17:29]

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu itu terbelenggu pada lehermu (jangan kedekut) dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya (terlampau pemurah) karena itu kamu menjadi tercela, yang dihina dan menyesal nanti.

Jangan jadikan tangan kamu terbelenggu dileher kamu, jangan kedekut. Jangan kita takut miskin sampai kedekut. Dan jangan juga terlampau pemurah. Tak baik.  Kamu akan menyesal nanti.

Islam bukan agama pelita, tapi matahari. Bukan pelita yang memakan diri sendiri.
Haram kedekut dan haram terlalu pemurah. Kerana Islam tidak menerima konsep lilin, atau pelita, yang memakan diri sendiri. Jadilah matahari. Nak menerangi, terangi semua seperti matahari. Contohnya, boleh menderma, tapi jangan sampai kita mengemis dengan orang lain.

10) Wasiat Allah kepada orang yang kedekut

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا
[17:30]
Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

Kembali kepadanya. Jadi samaada Allah nak melapangkan atau menyempitkan, itu kembali kepada Allah. Ingat bila kita tengah rasa lapang bermakna Allah tengah yashaa' kepada kita. 

Sememangnya Allah kepada hamba2nya maha2 mengetahui, melihat apa yang mereka lakukan.


Akhir kata, 

ذَٰلِكَ مِمَّا أَوْحَىٰ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ فَتُلْقَىٰ فِي جَهَنَّمَ مَلُومًا مَّدْحُورًا
[17:39]

Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah).

Yang diatas tadi daripada apa2 yang  Allah telah wahyukan kepada engkau Muhammad daripada kebijaksanaan Allah dan Allah tutupkan lagi dengan peringatan yang maha tinggi iaitu jangan sekali kali kamu  menyekutukan Allah dengan sekutu yang lain, yang menyebabkan kamu akan dihumban ke dalam api neraka dalam keadaan terlalu hina. 

No comments: