Friday, 15 August 2014

Hukum Boikot dan Demonstrasi dalam Islam

Apa hukum boikot dalam Islam? Hukumnya mubah. Mubah bukan halal. Sesuatu yang halal bermakna ianya digalakkan. Lawan kata halal adalah haram atau sesuatu yang ditegah. Mubah itu pertengahan, ia harus. Hukum perlaksanaan boikot bergantung kepada kesan yang timbul selepas pemboikotan tersebut. Ia boleh menjadi wajib, boleh menjadi sunat, boleh menjadi makrooh, atau dia boleh menjadi haram. Kalau memberi impak yang positif, maka ia boleh dilakukan, tetapi jika disebaliknya ia wajib ditiadakan dengan mencari cara lain yang jauh lebih berkesan.

Boikot dalam Islam dikenal dengan istilah "Hajr". Dalam menyingkapi suasana dunia Islam hari ini yang saling boikot memboikot, umat Islam hari ini terlebih semangat, tapi terkurang ilmu. Padahal dengan adanya ilmu, dengan semulajadi semangat itu akan ada.  Apabila berlaku terlebih semangat dan kurang ilmu, orang akan menjadi bodoh. Bid'ah itu terjadi apabila seseorang itu terlebih semangat. Tetapi terkurang ilmu.  Ahli2 bid'ah, Islam Extremis, Jemaah Takfir adalah orang yang terlebih semangat, terkurang ilmu.

Dalam konteks global pula, dimana mungkin sudah ratusan kali, dunia, khususnya dunia Islam berdemonstrasi dan berboikot, menentang Israel.  Adakah dengan dunia memboikot Israel, berdemonstrasi di sana sini, membuat Israel sedar? Adakah Israel berMuhasabah diri? Atau adakah mereka lebih angkuh dan menjadi sombong? Bahkan, dengan pemboikotan dan demonstrasi terhadap mereka ini, mereka merasa bahawa dunia telah mengiktiraf mereka sebagai satu kuasa besar . Ini bermakna boikot dan demonstrasi tidak memberi apa2 kesan kepada Israel. Sekiranya tidak ada membawa apa2 kesan,  hendaklah kita hentikan boikot, hentikan demonstrasi. 

Bukti baru menunjukkan bahawa pemboikotan untuk menunjukkan protes kita terhadap Yahudi L.A. (La'natullah Alaihim Ajma'in,) memberi kesan negatif terhadap jutaan umat Islam, iaitu pekerja2 McDonalds, Unilever, Heinz, Nestle, F&N dan sebagainya yang bergantung hidup dari perusahaan2 Yahudi tersebut.  Sekiranya kita hendak boikot, dengan menutup McDonalds, Unilever, Nestle dan sebagainya, adakah kita ada solution terlebih dahulu, untuk semua pekerja ini, mereka yang kehilangan pekerjaan ini. Bolehkah kita menyedia alternatif untuk mereka dengan menyediakan pekerjaan untuk mereka?

Selain itu, akibat semangat terlebih untuk memboikot, pekerja-pekerja Islam dimaki-maki, diganggu, diancam, termasuklah berlakunya vandalisma. 

Terlebih semangat kurang ilmu, itulah akibatnya. Negara-negara Islam perlu duduk dan berfikir apa kah solution untuk mengajar Israel. 

Jawapannya di dalam Surah Al-Anfal

Rujuk surah Al-Anfal 8:53; Allah tidak akan merubah nikmat yang telah dianugerahkan kepada sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang merubah nikmat tersebut. 

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِّعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


(Siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini senada dengan surah Ar-Ra'd 13:11, bahawa sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah nasib mereka sendiri. 

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ


Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Ini janji Allah. 

Mengikut ayat-ayat ini,  Allah akan biarkan kita dalam keadaan begini selama mana umat Islam asyik bergaduh dan bergaduh dan bergaduh. 

Sekarang kita ingin bertanya ; negara Islam mana yang damai ? Negara Islam mana yang bersih ? Negara Islam mana yang bebas dari ketidakjujuran, yang tulus ? Tidak ada....

Selama Umat Islam dalam keadaan sedemikian,  maka. keadaan akan berterusan seperti ini.  Ini janji Allah.  Jika kita ingin maju, kita mesti berubah. Kita applikasikan untuk diri kita, keluarga kita, masyarakat dan bangsa kita. 

Bagaimana dengan doa ? Doa itu sebahagian terkecil daripada ikhtiar.  Jangan lupa, Islam suruh usaha dahulu, baru berdoa, baru minta tolong.  Orang Islam banyak harapkan subsidi, ehsan orang, tetapi malangnya, usaha tidak mahu. 

Kita menyembah pada Allah, berusaha semaximum mungkin, barulah kita doa. Kita Qunut nazilah setiap hari, tetapi apakah usahanya kita? Doa itu datang selepas usaha.. Kalau doa sahaja tanpa usaha, Allah tak akan dengar. Usaha adalah awal daripada diijabahnya doa seseorang.  Apabila terbiasa mengemis, akhirnya mengemis kepada ehsan bangsa yang lain. 

Solutionnya :
1) Bersatu

Di dalam surah Al-Anfal ayat 60,  

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ


Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

Allah suruh kita bersiap sedia, kumpulkan kekuatan kamu, kata Allah. Kekuatan kita apa? Persatuan lah yang kita tidak ada. Selalu kita bagi analogi gambaran lidi.  Apalah erti sebatang lidi, kita nak sapu sehelai kertas pun tak boleh. Tetapi kalau dikumpulkan lidi-lidi tersebut,  jadilah penyapu, apa pun sampah,  boleh disapu. 

Umat Islam seperti itu. Sekiranya negara kita negara kecil pun, tetapi kalau kita bersatu, boleh jadi kuat.  Kekuatan apa yang kita mesti ada ? Jamaah. 

Dalam Hadith Nabi, tangan Allah mengatasi jamaah. Ia bermakna pertolongan Allah berada di atas persatuan (bersatu).  Ini kekuatan umat Islam yang harus satukan dari awal. Tapi bagaimana kita hendak berjamaah jika umat Islam tidak bersatu kepada sumbernya, iaitu Al Quran dan Sunnah? 

Akhirnya jawapannya kita adalah kita mesti kembali kepada Al Quran dan sunnah Nabi. Itu sahaja yang dapat menyatukan Umat Islam.

2) Kekuatan peperangan sendiri, teknoloji sendiri
Umat Islam mesti memliki kekuatan peperangan sendiri, memiliki teknoloji kita sendiri.  Apa yang kita ada ? Air zam zam, kismis doa. Nak pandai, beli kismis doa,  kayu koka. Itu senjata kita.

Apabila kita ada persatuan dan teknoloji peperangan, musuh2 Islam akan takut.  Al-Anfal sudah menceritakan kepada kita cara untuk menguasai Yahudi, menguasai dunia. Kedua dua ini mesti ada. tidak boleh harap kismis doa, air tawar 30 juzuk, kayu koka, air kasturi. Subhanallah.

Kita mesti membuat sumbangan kita kepada Islam, seberapa mana yang kita mampu.  Kita mulakan dengan diri kita, keluarga kita, masyarakat dan bangsa kita.   Islam tak perlu semangat, Islam perlu ilmu. 

Demonstrasi

Demonstrasi tiada bahagian dalam Islam, ertinya Demonstrasi bukan ajaran Islam. Ini adalah kerana kesan negatif demonstrasi adalah jauh lebih besar daripada kesan positifnya. Sebagai bukti, sudah ratusan kali dunia berdemonstrasi. Apakah kesannya kepada Israel ? Sedarkah mereka ?....atau adakah mereka makin sombong dan menjadi-jadi ??? Dan bagaimana pula dengan negara yang rakyat berdemonstrasi ?
Timbul rasa bimbang, tidak selesa, kekhawatiran dan sebagainya. Bahkan kerap kali  demonstrasi mengganggu ketenteraman awam, menimbulkan rasa takut dan berbagai macam perasaan yang datang akibat demonstrasi.

No comments: