Monday, 1 September 2014

Adakah kita berjaya pada Ramadhan tahun ini ?

Sebenarnya Ramadhan ini adalah bulan latihan. Justeru 11 bulan kehadapan inilah penentu, samaada kita berjaya atau tidak dalam bulan ramadhan tahun ini. Kita akan lihat nanti. Maka ucapan yang biasa dibaca oleh salafussolih, minal aaidin wal faizin, ucapan dalam bentuk tafaa'ul, ucapan optimis yang dilazimkan para ulama'. Semoga kita menjadi orang2 yang kembali kepada fitrah (kesucian diri)  dan semoga kita termasuk orang2 yang mendapat kejayaan.

Kata Ibn Hajr,  Aa' id di sini ada dua kemungkinan ; samaada dia kembali kepada yang dikehendak Rasulullah, kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ATAUPUN kembali sebagaimana sebelum Ramadhan.

Kita nak yang mana?

Betul kata para ilmuan Islam, bulan ramadhan itu  adalah bulan kita introspeksi diri, bulan muhasabah diri, bulan kita membakar sifat2 mazmumah, sifat sifat tercela kita berhentikan. Masuk bulan syawal, seperti bayi yang baru lahir, bersih. 

No comments: