Friday, 19 September 2014

Dosa yang ditanggung ibu bapa adalah kerana tidak mendidik anak itu

Tugas kita untuk mendidik anak  kita hingga lah ia ke  aakil baligh Selepas itu bukan tugas kita. Aakil baligh, Itu sempadan nya. Pada 12 tahun usia pertama itu lah dimana Allah akan tanya, dari dia lahir sampailah dia aakil baligh, apa yang kamu dah ajar ? Solat sudah, puasa, baca quran, adab, akhlak, syariat sudah. Selepas itu, dia tanggung sendiri. Jadi dosa yang ditanggung mak ayah akibat perbuatan anak itu bukan dosa nya itu tetapi dosa  mak ayah kerana tidak mendidik anak itu. Tetapi kalau kita sudah mendidik anak itu, tetapi dia masih buat dosa itu, bermakna kita dah lepas. Kita hanya ada istilah amar ma'ruf nahi munkar. Kalaulah anak itu dah besar, dah berkahwin contohnya, selama mata kita melihat perbuatan yang munkar, maksiat depan kita. daripada anak atau menantu kita,  kita wajib amr ma'ruf nahi munkar. Konsep itu bukan mendidik lagi tapi islah, amr ma'ruf nahi munkar.

No comments: