Wednesday, 24 September 2014

Insurans dalam Islam

Kita ada istilah sediakan payung sebelum hujan, tapi walaupun kita beli seratus payung pun, kalau Allah tak nak beri hujan? Yang kita ingat payungnya, kita lupa siapa yang akan menurunkan hujan ni! Kita fokus lebih kepada makhluk, ciptaan, yang dicipta oleh Allah.....

Dalam kaedah ekonomi islam, iaitu dalam apa sahaja interaksi dalam Islam, dalam konteks muamalat, contohnya pinjam meminjam, jual beli,  apabila salah satu daripada lima yang berikut ini ada, maka ia jadi haram : 1) unsur paksaan 2) penipuan 3) untung sepihak 4) terlibat dalam perkara yang haram  5) spekulasi

Dalam insurans ada unsur untung sepihak dan unsur spekulasi dan adakala, unsur paksa - ada yang lebih, ada yang kurang, ada yang untung, ada yang dapat, walaupun sikit, padahal kita dah menyimpan banyak. Akhirnya sekurang kurang dalam hati kita ada perasaan dirugikan. 

Insurans di fatwakan haram oleh Ulama' Haramain, termaksuk Ulama' Azhar, apa pun jenis insurans. Dalam hal insurans, takkanlah persatuan Ulama' sedunia dengan senang2 mengatakan ia haram. Mereka pun dah berbahas berbulan bulan, sehinggalah jatuh hukum haram tentang insurans. 

Satu perkara yang disentuh oleh para ulama' pada mengharamkan insurans adalah kerap kali kita lari daripada akidah. Bermaknanya, kita mengharapkan makhluk kebih daripada mengharapkan Allah. Walaupun kita ada istilah sediakan payung sebelum hujan, tapi walaupun kita beli seratus payung, kalau Allah tak nak beri hujan? Yang kita ingat payungnya, kita lupa siapa yang akan menurunkan hujan ni ! Kita fokus lebih kepada makhluk, ciptaan, yang dicipta oleh Allah. Kita lupa kepada Al-Khaaliq, yang menciptakan hujan tadi. Maka para ulama' diantara  mereka memfatwakan insurans itu haram adalah insurans kerap kali membuat orang lupa kepada Allah, kepada Al-Khaaliq dan mereka lebih fokus kepada yang dicipta, hasil tangan manusia.

Dalam keadaan dimana kita tak boleh lari sama sekali, contohnya syarat nak beli kereta kena ada insurans, wajib, maknanya kita tak boleh lari, jadi, kita terpaksa, mcm kena rompak. 

Contohnya kita buat pinjaman bank beli rumah, apa pun yang namanya bunga itu, adalah riba'. Yang boleh "saya nak beli rumah satu juta, saya pinjam ini, nanti bila saya bayar, saya akan lebihkan seratus ribu". Islam begitu. Pihak bank tak mintak. tapi kata Nabi orang yang baik itu adalah orang yang melebihkan pinjamannya. Makna kita dipaksa untuk terima, iaitu ada unsur paksaan. Ketahap mana conventional pun macam itu, Perbankan Islam pun macam itu, dah tak ada option pada yang lain, sementara kita perlu pada rumah, kita ambil perbankan Islam. Dan kita dalam kondisi dipaksa ketika itu.  

No comments: