Wednesday, 24 September 2014

Cara mengesan haram atau halalnya sesuatu dalam apa sahaja interaksi dalam Islam dalam konteks muamalat

Kaedah ekonomi Islam

Dalam kaedah ekonomi islam, iaitu dalam apa sahaja interaksi dalam Islam, dalam konteks muamalat, contohnya pinjam meminjam, jual beli,  apabila salah satu daripada lima yang berikut itu ada, maka ia jadi haram :
1) Paksaan
2) Penipuan
3) Untung sepihak
4) Terlibat dalam perkara yang haram
5) Spekulatif 

1) Yang pertama, Paksaan - contohnya :  paksaan membeli dalam MLM, kalau dipaksa, kalau kita beli juga, status kita yang membeli ini sebagai orang yang di rompak, kita boleh bawa dia ke mahkamah
2) Penipuan
3) Untung sepihak : Contohnya insurans. Dalam insurans ada yang lebih, ada yang kurang, ada yang untung, ada yang dapat, tapi sikit, padahal kita dah menyimpan banyak, akhirnya sekurang kurang dalam hati kita dirugikan. 



Insurans di fatwakan haram oleh Ulama' Haramain, termaksuk Ulama' Azhar, apa pun jenis insurans. Dalam hal insurans, tentulah takkanlah persatuan Ulama' sedunia dengan senang2 mengatakan haram. Mereka pun dah berbahas berbulan bulan, sehinggalah jatuh hukum haram tentang insurans. Satu perkara yang disentuh oleh para ulama' pada mengharamkan insurans adalah kerap kali kita lari daripada akidah. Bermaknanya, kita mengharapkan makhluk kebih daripada mengharapkan Allah. Walaupun kita ada istilah sediakan payung sebelum hujan, tapi walaupun kita beli seratus payung, kalau Allah tak nak beri hujan? Yang kita ingat payungnya, kita lupa siapa yang akan menurunkan hujan ni ! Kita fokus lebih kepada makhluk, ciptaan, yang dicipta oleh Allah. Kita lupa kepada Al-Khaaliq, yang menciptakan hujan tadi. Maka para ulama' diantara  mereka memfatwakan insurans itu haram adalah insurans kerap kali membuat orang lupa kepada Allah, kepada Al-Khaaliq dan mereka lebih fokus kepada yang dicipta, hasil tangan manusia.

Dalam keadaan dimana kita tak boleh lari sama sekali, contohnya syarat nak beli kereta kena ada insurans, wajib, maknanya kita tak boleh lari, jadi, terpaksa, mcm kena rompak. 
Contohnya kita buat pinjaman bank beli rumah, apa pun yang namanya bunga itu, adalah riba'. Yang boleh "saya nak beli rumah satu juta, saya pinjam ini, nanti bila saya bayar, saya akan lebihkan seratus ribu". Islam begitu. Pihak bank tak mintak. tapi kata Nabi orang yang baik itu adalah orang yang melebihkan pinjamannya. Makna kita dipaksa untuk terima, iaitu ada unsur paksaan. Ketahap mana conventional pun macam itu, Perbankan Islam pun macam itu, dah tak ada option pada yang lain, sementara kita perlu pada rumah, kita ambil perbankan Islam. Dan kita dalam kondisi dipaksa ketika itu.  

4) terlibat kepada perkara yang haram, seperti melabur dalam kelab dangdut. 

5) ada unsur spekulatif

Dalam bab muamalat, hati hati, pastikan jangan ada unsur paksaan, penipuan, untung sepihak, terlibat kepada perkara yang haram, dan spekulatif.

Hari ini dunia barat, orang Eropah yang berhijrah kepada Islam. Alhamdulillah. Tapi justeru yang pelik dalam negeri Islam, ramai yang ingin berhijrah ke selain Islam. Iman itu nilainya amat sangat mahal. Kerana iman itulah yang akan membawa  kita kepada syurganya Allah. 

Sebagai catitan kita, kenapa para sahabat, Rasulullah, mereka sanggup bergadai nyawa hanya kerana untuk Laa ilaha illa Allah. Kerana itu sahajalah  ungkapan yang dapat menyelamatkan kita. Sebab nilai iman seorang muslim adalah sangat bernilai daripada nilai nilai yang lain. Jangan sekali kali tergadai iman sebab faktor dunia. A'uuzubillah thumma na'uuzubillah. 

No comments: