Wednesday, 24 June 2015

Persediaan Untuk Bulan Ramadhan (2015) : Kesilapan2 yang terjadi dalam masyarakat pada bulan Ramadhan

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatannya, maka Allah Ta’ala tidak peduli dia meninggalkan makan dan minumnya.” (Shahih HR. Al-Bukhari no. 1804)

قال الله تعالى

( شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ
فَلْيَصُمْه) سورة البقرة: 185

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu”.(SQ. Al-Baqarah: 185)



Mudah2an kita dapat berjumpa dengan Ramadhan esok. Kerana tidak ada yang dijamin dapat melihat matahari pada hari esoknya. Beberapa pengalaman Ustaz sebelum ini ada diantara jamaah kita yang sihat wal'afiat, tetapi menjelang sahur, meninggal. Ada yang petang Sya'ban, meninggal. Dimana itulah tutup usianya, dipenghujung bulan Sya'ban.

Mudah2an hiwar (perbincangan) ini memberi sedikit sebanyak manafaat kepada kita sebagai bentuk i'dat, iaitu persiapan atau I'daadun nafs, persiapan diri kita menghadapi bulan Ramadhan

Pemahaman Ramadhan

Ramadhan berasal daripada perkataan armadha- yurmidhu. Maknanya membakar. Apa yang di bakar pada bulan ramadhan?. Tentunya semua perbuatan2 buruk dan dosa. Bermakna bulan Ramadhan ini adalah untuk membakar semua dosa2 dan keburukan.  Cantik sungguh Allah meletakkan lepas Ramadhan, masuk Syawal. Syawal itu dari bahasa Arab suku Kinanah yang bermakna kejayaan atau peningkatan. Diharapkan dengan Ramadhan ini terbakarlah semua perbuatan yang tak elok, dosa2 kita, penyakit2 hati dan sebagainya. Cukuplah 11 bulan kita dengan urusan dunia kita cuba dengan sebulan ini, kembali kepada Allah.

Kata Imam Syafie, dalam hakikat pandangan Allah :

Manusia terbahagi kepada dua kumpulan :

1) hamba kepada Allah
2) hamba kepada makhluk (bermakna seseorang yang menghambakan diri kepada selain Allah; samaada manusia, shaitan, jabatan, jawatan dan sebagainya).

Ramadhan mempunyai berbagai asmaa' atau gelaran seperti shahrul Quran ( 2:185), shahrul tamreen ( bulan pelatihan), shahrul 'afwi (bulan kemaafan), shahrul sodaqoh, dan shahrul eeman (bulan penuh keimanan).


Syarat pertama untuk menjalani ibadah dalam Islam, adalah 'ilm (ilmu) . Sebab itulah dalam Islam, perintah yang pertama turun adalah iqra' (baca!). Perintah solat, perintah zakat, perintah puasa, perintah haji,  perintah jihad datang 13 tahun selepasnya. Secara implicit,  Allah mendidik kita, sebelum kamu solat, sebelum zakat, sebelum puasa, sebelum haji, sebelum umrah, siapkan dirimu dengan ILMU dahulu. Iaitu ilmu tentang solat, ilmu tentang zakat, puasa dan sebagainya. Barulah sempurna. Perkara2 yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini, yang keluar daripada tuntunan Islam di sebabkan kekurangan ilmu, terlebih semangat. Semangat mereka untuk melakukan ibadah itu bagus tapi semangat mereka terkadang tidak dituntun oleh ilmu. Inilah yang menyebabkan perkara2 yang tidak sepatutnya terjadi, ia terjadi dalam Islam. Contohnya TADARUS :

Kesilapan-kesilapan yang terjadi dalam masyarakat dalam menjalankan ibadah dalam bulan Ramadhan :

1) Pemahaman Konsep TADARUS

Dalam masyarakat kita, sudah terlanjur perpuluh tahun, memahami tadarus itu membaca Quran bersama-sama,  sebelum habis Ramadhan khatam. Ini mindset. Betul tak betul bacaan, itu nombor sepuluh, tapi janji khatam.  Terkadang 23 Ramadhan dah khatam,dan selepasnya buat pulut kuning. Tetapi...selepas berpuluh tahun bertadarus, bacaannya begitu jugak, tiada peningkatan sama sekali.

Padahal, apa makna tadarus itu ? Makna tadarus (tadaarasa - yatadaarasu ) adalah saling mempelajari,  proses daripada tidak tahu kepada tahu. Dalam fasa tersebut ramai yang mengejar khatam Al-Quran 30 juzuk, tetapi jumlah mereka yang terlepas pandang pada pentingnya membaca Al-Quran dengan benar itupun ramai juga. Kita tidak akan jumpa satu hadith pun, dalam jutaan hadith Nabi صلى الله عليه وسلم yang Nabi kata wajib khatam Quran sepanjang Ramadhan. Nabi tak suruhpun. Bahkan, sebaliknya Nabi kerap menegur sahabat yang cepat mengkhatamkan Al-Quran tetapi tanpa pemahamannya. Hadith Nabi tegur sahabat yang cepat mengkhatamkan Al-Quran tetapi tanpa pemahamannya ada, tapi Nabi suruh, hadithnya tidak ada. Ini dalam konteks Sahabat.

Bahkan Nabi sendiri pernah ditegur oleh Allah. Sebab Nabi pernah membaca laju, nak khatam. Rujuk surah Al-Qiyamah (75: 16/17/18), ayat tadarus.  Allah kata, Muhammad,  ﴿ لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ jangan, baca laju-laju. Jangan kamu gerak-gerak lidah kamu terlalu cepat supaya kamu cepat mengkhatamkan Al-Quran. Nabi ditegur oleh Allah.
Bagaimana caranya bertadarus ? Allah ajar dalam ayat 18.
﴿ فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ
﴿ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ
Kalau  kami dah siap baca, ikuti bacaan itu. Itu tadarus. Seperti Jibrael mengajar
. صلى الله عليه وسلم  Nabi

Pada zaman Rasul ada tak ilmu tajweed. Kalau tidak ada ilmu tajweed,  bagaimanakah Nabi baca Al-Quran ? Nabi ikut Jibrael. Apa yang di sebut oleh Jibrael, nabi ikut sebutan Jibrael. Bacaan Rasulullah itu sudahpun bertajweed walaupun Nabi tidak diajar theory tajweed.

Tadarus adalah proses daripada kita tak tahu, menjadi tahu. Tadarus bukan mengejar khatam Quran.

Walaupun kita dalam satu bulan ramadhan dengan tadarus hanya 3 juzuk atau 5 juzuk tapi penuh dengan keberkahan Allah, itu lebih di sukai oleh Allah. Sebaliknya, kita mengejar khatam tapi bacaan yang tajweednya entah ke mana, makhrajnya salah, wakafnya salah dan sebagainya, kita akan kena hadith Nabi iaitu, “Berapa ramai orang yang  membaca Al-Quran tetapi pada masa yang sama Al-Quran melaknat ke atas nya. Hati2.

Quran adalah kalamullah. Quran perlu baca dengan baik dan tidak boleh dibaca denganlaju. Tidak ada satu hadith pun yang  Nabi mengwajibkan kita khatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan.

2) Dapat menahan diri ketika berpuasa tetapi tewas diri ketika berbuka.

Ketahuilah bahawa kejayaan satu hari berpuasa dilihat dari cara berbuka.  Bersederhana. Jangan kita berpuasa seperti kuda liar. Dan jangan pula sampai all out bila berbuka.

3) Sengaja melambat-lambatkan solat bahkan berani meninggalkan solat ketika Ramadhan.

Kesilapan yang besar. Sebagaimana pahala dilipat gandakan berpuluh atau beratus ribu kali ganda, serupalah dengan dosa. Kalau hari biasa mungkin kita sibuk, tapi untuk bulan puasa, kita perbaiki diri untuk tidak melambatkan solat.

Satu amalan sunnah yang pahalanya mengalahkan ahli tahajjud, ahli baca Quran, ahli sodaqoh, adalah seseorang yang menjadikan amalan dalam hidupnya menunggu waktu solat. Lima waktu solat ini, dia yang menunggu. Bukan solat menunggu dia. Dia menunggu solat. Pahalanya lebih hebat dari orang yang tahajjud. Ini di panggil Ribaat. Dan pahalanya pahala ribaat.

4) Bermalas-malasan di waktu siang Ramadhan beralasan puasa.

Kita lupa bahawa dalam sejarah Islam hampir semua peperangan diadakan pada bulan Ramadhan Seperti  Perang Badar, Perang Uhud, Perang Hunayn, bahkan pembukaan Constantinople diadakan pada bulan Ramadhan. Justeru sebaliknya, kita patut lebih aktif dalam bulan Ramadhan. Kalau boleh cari kelas2, kuliah2 dalam bulan Ramadhan. Sehingga dalam satu bulan itu kita seperti masuk sebuah universiti Antarabangsa yang bernama Ramadhan. Ramadhan Universiti.  Aktifkan diri dengan program2 ke-Islaman kerana mungkin diluar Ramadhan mungkin program-program ini tidak ada lagi.

5) Makan sahur tengah malam

Makan sahur tengah malam kerana malas bangun akhir malam - bad habit.
Pukul berapa pun kalau di awal malam, itu bukan sahur. Sahur itu masa. Nabi kata bangunlah kamu di waktu sahur.... Makan tak makan terserah kepada kamu... Kita nak ambil nilai sahur itu. Pada waktu sahur itulah Allah dengar semua doa, Allah dengar semua istighfar, Allah terima semua taubat, Allah terima semua pengakuan dosa. Ambil masa sahur untuk bermunajat kepada Allah. Masaalah makan tak makan, kembali kepada masing-masing. Panduannya, kalau boleh, makanlah untuk menguatkan kita berpuasa pada hari itu.

Malam di bahagi kepada 3 :
8 -11 (awal malam) - bukan waktu tahajjud
11- 2 (pertengahan malam) - bukan waktu tahajjud
2 - 5  (akhir malam)
4 pagi hingga azan subuh (sepertiga malam terakhir) - waktu yang paling bagus untuk tahajjud

Tidak digalakkan bangun pukul 3 untuk tahajjud, sebab itu masih wasatul lail, pertengahan malam- itu masa tidur.
Nak mula bangun pukul 4, 4:30, 5. Tahajjud dan bermunajad.

6) Imsak tidak terdapat dalam Islam.

Imsak merupakan tradisi Arab kuno yang terbawa dalam Islam. Ini budaya orang2 Damsyik/Syria/Damascus dahulu. Budaya mereka adalah setengah jam sebelum subuh mereka akan berhenti makan minum.

Dalam Islam sampai azan masih boleh makan.

Contoh :

A) Kita misalnya terbangun lima minit lagi nak azan, tiada masaalah, boleh makan.

B) Kita tertidur. Bila terbangun sedang azan subuh, masih boleh ke dapur untuk makan.

C) Kita bangun, kita ingatkan azan lagi, waktu tengah makan, kita dapati tengah iqomah, apa yang harus kita buat ? Ini seperti kes Umar bin Al-Khattab. Umar pernah sekali bangun dia ingat masih belum azan. Ternyata, beberapa suap dia makan, dah iqomah. Umar berlari ke rumah Rasulullah dengan mulut yang penuh. Dia tunjukkan  kepada Rasulullah kepada mulutnya yang penuh. Dia tak tahu apa nak buat. nak muntahkan atau telan. Nabi senyum. Nabi kata kunyah elok2. Minum. Berwudhu' dan terus kamu solat. Betapa Islam itu amat manusiawi.

Sampai bila (boleh makan) ?

Menurut para fuqoha' / alim ulama', sampai Imam masuk ke mimbar. Itu lah paling terakhir. Kalau bangun, Imam dah naik ke mihrab, hari tu dah tak sahurlah.

Berapa panjangkah waktu antara azan dan iqomah ?
Ikut pada mesjid yang terdekat.  Tidak ada ketentuan hadith 5 minit, 10 minit, 15 minit.

7)  Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih.

Ini kesilapan.  Tarawih itu sunat. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' itu wajib. Maka berjemaah pada solat fardhu itu jauh lebih utama daripada solat sunat.
Kalau boleh mungkin zohor di rumah, tapi berjemaah. Ajak cucu, pembantu...Asar pun demikian. Sayang kalau tak solat fardhu berjemaah. Sampai ada penyataan, kalau kamu tahu apa yang Rasulullah tahu, kamu akan tinggalkan semua urusan dunia kamu untuk Ramadhan.

8) Membuka dengan merokok/ atau membuka dengan selain makan.

9) Memperbanyak tidur dengan alasan tidur itu ibadah.

Kalau tidur itu saja-saja untuk biar tidak rasa lapar, tidur, itu adalah kesalahan. Tidur menjadi ibadah apabila tidur itu untuk mengelakkan diri daripada maksiat, yang akan mencacatkan ibadah kita. .

Contohnya mendengar atau menceritakan tentang aib seseorang .

Suatu hari Nabi menceritakan kepada Aishah tentang bagaimana ibadahnya Safiah. Nabi meminta dibuatkan bubur, buat dua, satu untuk Safiah. Apa kata Aishah? Safiah yang pendek tu ke? Wajah Nabi berubah. Nabi kata " Wallahi Ya Aishah, kalau perkataan kamu itu dalam bentuk dakwat dan diletakkan ke dalam samudera, berubah air lautan. Berubah air lautan hanya dengan sebab memanggil seseorang itu pendek. Walaupun itu benar (yang Safiah itu pendek). Kerana tidak ada manusia yang ikhlas menerima kenyataan dirinya kalau dia anggap itu satu aib. Contoh memanggil seseorang itu, juling, bulat, gemok. Memanggil seseorang itu slim, walhal dia gemok. Ini berdosa.
Kalau nak rujukkan seseorang, gunakan kunyah negara. Contohnya ada dua orang yang bernama Siti misalnya. Kita nak membezakan antara mereka, jangan gunakan kelemahan dia seperti satu Siti kurus kering, satu Siti gemok. jangan panggil Siti yang mana ni, Siti yang kurus kering atau Siti yang gemok - jangan, ini berdosa ! Gunakan Siti yang Negori ke atau Siti Kedah. Terkadang ada yang memanggil sesorang itu Ahmad ayam ( sebab dia bela ayam). Satu lagi Ahmad kambing. Tak boleh. Ini berdosa. Kita melabelkan.

Mana yang di sebutkan dosa dalam Al-Quran. Dalam surah Hujraat, 49:11.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [49:11]

Siapa orang yang masuk kategori zalim ? Orang zalim bukan hanya orang yang menafikan hak orang lain, mencuri hak orang lain. Melabelkan orang lain dengan label yang menunjukkan aib dia. Itu pun masuk kategori zalim. Maka Allah menuntut, dalam ayat ini cepat bertaubat. Taubatnya ubah panggilannya, Minah gemok, Minah jongang, Minah sepet. Ubah.
Ayat ini bermula dengan  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا  . Kita menterjemahkan siapa yang merasa beriman atau siapa yang mengaku diri mereka beriman, jangan lah satu kumpulan menghina kumpulan yang lain, sebab boleh jadi orang yang kamu hina ini adalah lebih baik daripada kamu yang menghina dia.. Dan Allah berkata lebih specific dalam ayat ini وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَا dan wahai kaum wanita, kata Allah, jangan menghina wanita yang lain kerana dia mungkin lebih baik daripada kamu yang menghina.

Contohnya mungkinlah dia pada zahirnya biasa sahaja. Adakah kita tahu ibadah dia di rumah bagaimana?  Manalah tahu dia ahli tahajjud, ahli quran? Kita tak tahu. Dan ada lagi disebut dalam ayat ini,  وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ  Jangan kamu merendahkan diri kamu sendiri. Kerana, dengan kita merendahkan orang lain, kita akan merendahkan diri kita sendiri. Contohnya didunia ini tidak ada orang yang dihina, dia akan diam, dia akan balas dengan menghina, Dan biasanya balasan sebuah penghinaan itu lebih teruk daripada permulaan. Jadi, janganlah memulakan sesuatu cacian kepada orang lain, yang mana orang itu akan membalas dengan mencaci kita balik.
Yang hakikatnya sama seperti kita mencaci diri kita sendiri Itu maknanya.

Point yang ketiga daripada ayat ini : Jangan kamu suka melabel-label kan orang dengan label-label, kerana seburuk buruk label yang kamu labelkan orang, apa sahaja label, selain dari orang yang beriman.  Apa makna nya بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ- maknanya kita memanggil orang itu orang yang beriman, orang yang ikhlas tu, orang yang rajin mengaji Quran itu.  Selain itu, (panggilan itu) buruk!


"Wahai mereka yang merasa diri mereka beriman",    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا    kalau kita merasa diri kita beriman, kita terpanggil dengan ayat ini. Tapi kalau kita rasa kita orang Islam saja, lain lah ceritanya.

Ayat ini sama seperti puasa Ramadhan, surah Al-Baqarah 2:183 tentang puasa Ramadhan,  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Disitu Allah mengatakan Siam. Siam adalah bentuk plural dari perkataan saum. Kenapa Allah sebut siam, bukan saum? Kata Ulama' tafsir, yang diwajibkan oleh Allah puasa kepada kita, bukan hanya satu, puasa perut, tapi puasa seluruh anggota tubuh. Puasa mata, puasa lidah, puasa telinga dan yang paling berat, puasa hati....

Kita boleh deal dengan orang lain, tapi kita kerap kali tak dapat deal dengan diri kita sendiri. Kita boleh faham orang lain tapi kita susah memahami diri kita sendiri. Kerap kali kita boleh berdamai dengan orang lain tapi kerap kali juga kita tewas untuk berdamai dengan diri kita sendiri. Kita kerap jadi mangsa kepada hawa nafsu diri kita sendiri. Nafsu adalah self- control, management hati.

Kita ikut pengajian, ikut klas tapi bila sampai sempadan sabar.....Siapa yang memberi sempadan itu? Kita sendiri.  Kesabaran tidak ada sempadannya. Itulah sebabnya Allah jadikan Puasa Ramadhan supaya kita Siam, puasa hati.

Cuba kalau selama ini kita suka suuzon (buruk sangka) dengan orang lain, latih untuk husnuzon (baik sangka).

Kalau selama ini kita suka orang tahu kebaikan kita, Latih puasakan hati kita untuk tidak suka di puji oleh orang. Kalau kita suka dipuji, nanti habis pahala.

Jangan suka dipuji, nanti habis pahala.

Dari Nabi صلى الله عليه وسلم , bersabda "Sesiapa yang suka memperdengarkan kebaikan dirinya, maka Allah akan sebarkan semua keburukan dan sesiapa yang suka menunjuk nunjukkan kebaikan maka Allah akan sebarkan semua aibnya".
[HR Ahmad dan Nasa'i.] Hadith Soheh.

Nota tambahan :

Dakwah tidak menuntut kejayaan.
Nasihat tidak menuntut kejayaan.
Tugas kita, bila nampak maksiat, tegur.
Dia ikut tak ikut, kembali
Jangan kita susah hati, sebab kita nasihat orang, dia tak ikut, kita pening kepala.tak tidur malam, masuk hospital.

10)  Tidur selepas sahur dan tidak subuh berjemaah.

Kesilapan dalam masyarakat, bila sahur, dia berjemaah, tapi bila solat subuh, bersendirian. Kalau kita pusingkan, sahur itu sunat, subuh itu wajib. Maka paling elok, sahur ditakhirkan. Jadi habis sahur tu, azan subuh, just nice. Terus solat. Jangan sahur pukul 4. Nak tunggu azan subuh itu datanglah
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
Ingat, dalam surah Qaf 50 : 16 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, [50:16 ]
Kita sebagai mak ayah lebih mengenal perangai anak2 mereka daripada diri anak2 itu sendiri. Itu mak ayah.  Apa lagi Allah.  Allah tahu perangai kita masing2. Allah tahu perangai kita yang sebenarnya. Kalau nak tutup dengan jubah 10 lapis ke, dengan serban macam tayar lori,  pun Allah tahu. Sebab itu dalam surah an-Najm  53:32 ,  فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ  Allah kata, tak perlu kamu berlagak suci

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
50:18

Ayat ini sebagai peringatan bagi kita, nak cakap, fikir dahulu. Tidak ada satu perkataan yang kamu ucapkan kecuali semua dirakamkan oleh malaikat yang setia mencatit. Elok di catit. Buruk pun dicatit. Dalam surah Al-Kahfi 18:49,

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun".[18:49]

Lihat, dalam ayat ini Allah tidak kata orang Yahudi, orang Kristian, orang Nasrani. Allah kata mujrimiin, الْمُجْرِمِينَ orang orang yang berdosa. Tidak ada suatu yang kecil sampai yang besar, kecuali semua detail ditulis oleh Allah. Kenapa Allah bersikap demikian?. Kerana Allah tidak mahu menzalimi hamba2nya. Yang cantik, Allah tulis. Yang buruk, Allah tulis. Pahala sekecil apa pun Allah tulis. Dosa sekecil apa pun Allah tulis. Jadikan panduan, ayat ini. Nak buat sesuatu, kena fikir dulu - Allah catit tak?

Amalan yang paling mudah, untuk mendapatkan pahala adalah buat orang seronok. Ada orang mengeloh sakit, misalnaya...seperti Rasulullah- ditubuhnya ada 17 tikaman pedang, dia kata sakitlah Rasulullah kena tikaman pedang, Nabi kata, khoir insya Allah. Dalam keadaan apa pun kita, seteruk apa pun terjadi, kita masih lagi optimis, khoir insya Allah.

Kalau kita muhasabah diri, setiap daripada kita, pernah mengalami dalam hidup kita, pengalaman yang amat sangat pahit. Masa trajedi itu, kita rasa kita tidak boleh survive. Kita rasa kita tak boleh, kita nak mati, kita lemah, pada masa itu. Tapi pada hakikatnya, kita masih hidup hingga saat ini. Kerana apa ? Kerana Allah sayang kepada kita. Dan Allah sudah berjanji,  Allah tidak akan memberi kepada kita beban, melebihi kemampuan yang dapat kita dapat menanggung.

11) Masuk bulan ramadhan dengan harta benda kita masih ada lagi yang haram.

Niatkan daripada sekarang untuk mensucikan harta benda kita. Walaupun kita rasa alhamdulillah kita tidak terlibat dengan benda yang haram. Kita rasa...Kita tak tahu.  Mungkin ada hak hak orang yang kita terlepas pandang. Lebih baik lebih daripada kurang.

12)  Terlalu sibuk mempersiapkan diri menyambut Raya, khasnya pada 10 akhir Ramadhan.

Ini adalah kebiasaan yang buruk yang terjadi dalam umat Islam. Justeru pada 10 malam terakhirnyalah Allah menyimpan rahasia Ramadhan.  Allah menyembunyikan azimat ataupun karomah dengan adanya malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan. Sebab itu Nabi dan para sahabat pada 10 malam terakhir, lebih rajin beribadat. Nabi mengkuatkan ikatan kain beliau dan membangunkan isteri2 beliau, keluarga beliau, untuk mendapatkan fadhilat lailatul qadr. Siapa yang beribadat pada malam tersebut, tepat pada malam lailatul qadr, pahalanya seperti seseorang yang tidak berhenti beribadah selama 83 tahun lebih 6 bulan.

No comments: