Thursday, 9 July 2015

Penggunaan kerusi dalam solat - solat ketika uzur

Bertakwalah kepada Allah semaksimum yang kamu mampu (At-Taghabun 64:16) - diterjemahkan bertakwalah kepada Allah menurut kesanggupan mu. Kesanggupan mu atau semampu mu bukan bererti sesuka hati kamu. Semaksimum!. Daripada sinilah diambil hukum dalam fiqh, tidak boleh seseorang, walaupun dia boleh duduk solatnya, dia tidak boleh terus duduk. Dia mesti berdiri dahulu. 

Baru-baru ini ada konflik yang begitu besar di negara Islam antara mufti yang mengharamkan kerusi untuk diguna didalam solat dengan kumpulan2 Islam lain yang membolehkan. Dilihat di sini ada sisi kebenarannya :



  1. Kerusi akan mengganggu saff ; walaupun kerusi itu dalam saff, orang itu masih berdiri di hadapan. Kalau dibelakang, akan mengganggu orang belakang.
  2. Adakah kerusi pada zaman Nabi? Ada. Tapi kenapa para sahabat tak menggunakan kerusi? Nabi tidak suruh pakai kerusi untuk solat. Kenapa? Sebab orang yang sakit duduknya di bawah. Itu akan menjadikan kita lebih tawaddhu' apabila duduk di bawah. Samaada kita duduk melunjur, bersila, duduk seperti dalam tahiyyat awal/akhir - kembali, mana yang kita selesa.


Apabila seseorang menggunakan kerusi, ketika orang sujud, dia masih diatas. Kalau boleh, apabila sujud, pastikan kita betul2 dekat dengan lantai/bumi.

Sekarang, bilangan orang lelaki yang memakai kerusi ketika solat itu ramai di masjid2.  Sehingga bila semua sujud, tengah2 jemaah tu ada seorang yang duduk atas kerusi. Nampak pun cacat.  

Pada mengerjakan perintah Allah, kita wajib melakukan semaksimum yang kita mampu dahulu. Ianya WAJIB. Contoh solat ketika uzur :

  1. Dia uzur, tetapi boleh berjalan atau memandu ke masjid. Apabila dia mula solat, dia tak boleh terus duduk, dia wajib berdiri dahulu.
  2. Dia hanya tak boleh sujud. Hanya melipat kaki yang tidak boleh. Tapi dia boleh berdiri tak? Maka dia wajib berdiri. Sebab keuzurannya hanya tidak boleh melipat kaki. Berdiri tak ada unsur melipat. Tiba2 dia duduk. Maka tak sah solatnya.
  3. Dia patah tangan. Dia boleh lakukan semua pergerakan dalam solat kecuali yang berkaitan dengan tangan yang patah itu.
  4. Dia sakit belakang. Pergerakan dalam solatnya seperti biasa kecuali yang berkaitan dengan belakangnya  Contohnya apabila ruku' pergerakan untuk ruku' itu terhad.Jadi buat setakat yang boleh, walaupun  hanya dapat bergerak kepala sedikit. Pergerakan yang lain seperti biasa.
  5. Berbeza dengan orang yang menghidap darah rendah misalnya. Sebab kalau dia berdiri dia rasa macam gempa bumi. Itupun dia wajib berdiri juga. Sehinggalah dia merasa dirinya nak jatuh, baru dia duduk. Maknanya dia kena usaha semaksimum mungkin. Dia tak boleh sebab ada kemudah, duduk terus.

No comments: