Monday, 10 August 2015

Tiga fadhilat orang yang Istiqomah

Istiqomah (continuity) dalam berbuat baik. 

Menjadi orang baik itu senang, tetapi untuk tetap maintain, sentiasa baik itu susah.
Baca Quran itu senang, tapi tiap hari baca Quran itu ....

Rujuk Surah Fussilat (Surah 41) ayat 30 - ayat istiqomah - keutamaan orang yang istiqomah.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Ada tiga fadhilat orang yang istiqomah dalam ayat ini :

1) Jangan kamu takut, لَّا تَخَافُوا dengan kehidupan dunia kerana hidup orang yang istiqomah itu bawah jaminan Allah. Allah akan jadi guarantor bagi kehidupan mereka di dunia ini.

2) Dan jangan kamu bersedih وَلَا تَحْزَنُوا  dengan hidup kamu diakhirat kerana akhiratnya pun dijamin oleh Allah.

3) Confirmation bahawa dia ahli syurga.

Istiqomah yang paling senang : Allah menyukai amalan yang sentiasa walaupun sedikit. 

No comments: